Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Sabtu, 17 Mei 2014

ADAKAH KERAJAAN PAS KERAJAAN ISLAM ?

"Berkongsi ilmu"- Al-Maaidah:ayat 77,katakanlah:"hai ahli kitab,janganlah kamu berlebih-lebihan (melampaui batas) dengan cara tidak benar dalam agamamu, dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu orang-orang yang telah sesat dahulunya(sebelum kedatangan Muhammad) dan mereka telah menyesatkan kebanyakan (manusia) dan mereka tersesat dari jalan yang lurus."(Al-maaidah)"
Bila agama di jadikan modal untuk berpolitik ini lah jadinya, sepatutnya golongan agamawan menjalankan peranannya menasihati serta membawa kejalan yang benar bukan membawa orang kejalanan untuk berlonggok bantah membantah serta menuding jari menuduh serta memainkan persepsi kononya Kerajaan Zalim

Namun hakikatnya mereka lupa tuntutan agama untuk bersatu sesama umat,dan ingin pm lontarkan satu persoalan iaitu apakah mereka menghalalkan semua perbuatan dap atau terpedaya dengan persepsi pembangkang, ingat harta di dunia bukan untuk diri sendiri hinggakan sesetengah insan bergelar ustaz berceramah perlu di bayar ribuan ringgit mengikut jam tertentu,bila di bayar menghasut orang menuju kejalanan untuk berdemo sedangkan prinsip di dalam i’tiqad Ahlus Sunnah wal-Jama’ah adalah mentaati dan menghormati pemerintah (pemimpin) di mana dia duduk di bawah kepimpinan atau kekuasaan pemerintah tersebut. Ini adalah sebagaimana yang telah dijelaskan melalui tulisan sebelumnya.

Ketaatan yang dimaksudkan di sini adalah merujuk kepada:

1 - Mentaati mereka dalam urusan kebaikan (ma’ruf), termasuk merealisasikan perintah mereka yang ma’ruf dan membantu mereka dalam urusan kebaikan yang diperlukan atau diperintahkan,

2 – Mengakui, menghormati, dan memuliakan kedudukan mereka sebagai pemimpin serta sentiasa mendoakan kebaikan untuk mereka,

3 - Tidak mentaati mereka dalam urusan atau perintah bermaksiat kepada Allah,

4 - Membenci maksiat yang mereka lakukan dan mengingkari keburukan yang mereka lakukan dengan cara nasihat dan kaedah-kaedah yang syar’i,

5 - Serta tidak berusaha untuk menjatuhkan, membelot, menzahirkan sifat kepembangkangan terhadap kepimpinan, dan tidak menghina atau mencela mereka walaupun mereka bertindak buruk dan zalim. Ini adalah selagi mana mereka masih tetap menegakkan syi'ar solat dan tidak dilihat padanya kafir bawaahan.

Mentaati Pemerintah Adalah Sebahagian Ciri Taqwa dan Tanda Ketaatan Kepada Allah serta Rasul-Nya

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

مَنْ أَطَاعَنِي فَقَدْ أَطَاعَ اللَّهَ وَمَنْ عَصَانِي فَقَدْ عَصَى اللَّهَ وَمَنْ يُطِعْ الْأَمِيرَ فَقَدْ أَطَاعَنِي وَمَنْ يَعْصِ الْأَمِيرَ فَقَدْ عَصَانِي

“Sesiapa yang taat kepadaku, sesungguhnya ia telah taat kepada Allah. Sesiapa yang derhaka kepadaku, sesungguhnya ia telah derhaka kepada Allah. Sesiapa yang taat kepada pemimpin, sesungguhnya ia telah taat kepadaku, dan sesiapa yang derhaka kepada pemimpin, sesungguhnya ia telah derhaka kepadaku.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, 10/114, no. 2737. Muslim, 9/364, no. 3417)

Info ini Tidak pernah DICERITAKAN oleh Parti PAS

1- Tunku Abdul Rahman Perdana Menteri Malaysia Adalah Pengerusi Pertama Pertubuhan Negara-negara Islam-OIC yang beribu pejabat di Jedah Arab Saudi.

2- Negara-negara OIC yang meletakkan Islam sebagai Agama Rasmi Negara ialah Malaysia,Arab saudi,Bangladesh, Mesir, Algeria, Morocco, Tunisia, Tajikistan, Libya, Jordan, UAE, Kuwait, Oman, Bahrain, Comoros, Qatar, Brunei dan Maldives.

3- Indonesia yang merupakan Negara yang paling ramai penganut Islam didunia TIDAK meletakkan Islam sebagai Agama Rasmi..

PERSOALANYA....
1- mengapa PAS wujud di negara ini dan menafikan Malaysia bukan sebuah Negara Islam..?? dan Mengapa PAS tak mahu iktiraf negara sendiri sebagai Negara Islam...??

2- Bukankah PAS tidak sepatutnya wujud dinegara ini..Dan PAS patut wujud dinegara Lain yang belum menjadikan dan mengiktiraf Islam sebagai Agama Negara..??!

3- PAS mendakwa mereka yang mengundi PAS akan masuk syurga manakala yang mengundi UMNO tidak masuk syurga...? Bagaimana pula ahli PAS yang tak dapat mengundi PAS dikawasan PAS tidak bertanding..??
Ahli PAS mengundi PKR dan Parti yang tolak islam DAP masuk syurga ke atau masuk neraka..??

4- Hakikatnya PKR pemimpin dah ahlinya ada islam ada kristian,ada hindu ada budha..!!
DAP pula tak ada pemimpin dan ahlinya yang islam..kalau ada boleh dikira dengan jari... Adakah parti PKR dan DAP lebih islam daripada UMNO..??

5- Bagaimana pula umat islam di Negara Islam lain seperti di Saudi Arabia,Maghribi,Tunisia,Mesir,Indonesia dan lain-lain negara didunia ini..Meraka tidak berpeluang ke masuk Syurga kerana di negara mereka tiada PAS untuk di undi..??
KESIMPULANNYA....

Rakyat Malaysia TIDAK MEMERLUKAN Parti yang Bernama PAS ini...!!!
Cukuplah sebuah Parti pakatan yang diterajui UMNO dalam BARISAN NASIONAL yang telah menganggkat dan memartabatkan ketinggian dan kesucian Islam serta MENSEJAHTERAKAN kehidupan Rakyat berbilang kaum 

Tiada ulasan: