Siapa tidak mengenali perempuan bermulut lancang si Fuziah Salleh Anggota Parlimen Kuantan yang baru baru ini dengan bodoh sombongnya mempersoalkan kepatuhan Lynas terhadap peraturan pihak pengawal selia susulan tumpahan bahan kimia NdPr Chloride pada 28 Mac lepas.
Dalam kejadian kira-kira 9 pagi itu, sebanyak 13 daripada 15 tong yang mengandungi bahan kimia dari Kilang Lynas bertaburan di atas jalan raya setelah terjatuh dari sebuah treler di KM149 Jalan Kuantan-Kuala Lumpur berhampiran Kampung Sungai Kepong, Lanchang, Temerloh.
Empat daripada tong tersebut dilaporkan pecah ketika dalam perjalanan dari Gebeng, Kuantan menuju Pelabuhan Klang, Selangor.
Perkara ini amat di pandan serius oleh Menteri yang bertanggung jawab bagi membalas fitnah si fauziah yang cuba memainkan persepsi murahan ini dan untuk makluman sahabat pm Kilang pemprosesan nadir bumi, Lynas, telah mematuhi keperluan perundangan yang ditetapkan Jabatan Alam Sekitar dan Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (LPTA) dalam tempoh lesen operasi sementara (TOL) syarikat itu jadi janganah percaya dengan si fauziah huru hara ini semua yang di mainkan mereka semua adalah modal politik murahan dalam masa yang sama malas membuat kerja untuk rakyat
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah hari ini berkata Lynas mendapat kebenaran Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri serta Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia untuk memasarkan produk oksida dan klorida dari projek loji bahan termaju Lynas (LAMP).
"Ini termasuk praseodymium neodymium chloride, yang dikategorikan sebagai bahan bukan berbahaya dan tidak mengandungi bahan radioaktif," katanya kepada pemberita selepas pelancaran 31 produk hasil penyelidikan dan pembangunan pelbagai agensi di bawah kementerian itu selaras dengan Tahun Pengkomersilan Mosti 2014 (MCY2014) di sini.
Walaupun Empat daripada tong tersebut dilaporkan pecah ketika dalam perjalanan dari Gebeng, Kuantan menuju Pelabuhan Klang, Selangor akan tetapi ianya tidak membahayakan orang Awam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan