Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Ahad, 27 April 2014

RAFIZI SOTONG KANTOI MENIPU !!!DEDAH SURAT NSE RESOURCES HANYA SUKU PERENGGAN!!

INILAH sikap orang Melayu yang tidak pernah putus dengan sifat hasad dengki dengan kejayaan orang lain. Selepas mempertikaikan Tun Daim yang punyai sebuah bank di Tanzania, kini syarikat bumiputra milik Melayu pula dipertikaikan.

Hairan sungguh dengan fitnah yang dibawa oleh Pengarah Strategik PKR ini yang saban hari ada sahaja fitnah yang cuba direka. Hanya dengan berpandukan surat permohonan yang berjaya dibawa keluar, terus menuduh kerajaan beri sejumlah wang kepada syarikat teknologi tinggi untuk beroperasi.

Setelah diteliti daripada beberapa sumber yang rupanya Rafizi Ramli hanya membaca beberapa perenggan yang menguntungkan mereka terutama pembangkang untuk meraih kepercayaan rakyat.

Dengan ini aku cabar Rafizi DEDAHKAN SETIAP PERKATAAN DALAM SURAT permohonan NSE Resources Sdn. Bhd. kepada umum.

Mengikut pendedahan Rafizi, 'Kerajaan beri geran 150 juta kepada NSE Resources".

Meh aku jawab sikit...

Bila masa kerajaan bersetuju nak beri geran RM150 juta kepada syarikat ini?

NSE Resources baru hantar SURAT PERMOHONAN... RM100 juta kepada MOSTI, RM50 juta kepada KeTTHa.

Apa masalah Rafizi ni??

Sekalipun pihak kerajaan nak bagi geran pun apa masalah? Syarikat ini merupakan syarikat milik kerajaan di bawah MoF Inc. dengan saham bernilai 25%, manakala baki 75% dimiliki oleh anak Melayu yang merupakan pakar dalam bidang kejuruteraan polimer dan renewable energy. Boleh baca lagi diSINI untuk mengetahui fakta kes.

Cuma nak tanya, berapa kerat syarikat berteknologi tinggi yang dimiliki oleh anak Melayu di Malaysia ni? Berapa kerat yang betul-betul buat R&D untuk renewable energy. Karang tak ade elektrik salahkan kerajaan. Kerajaan nak susun cari tenaga baru semua nak dicantas. Bodoh!

Apa yang Rafizi dengki sangat pun tak tahulah. Tak sanggup ke tengok anak Melayu berjaya?

Tiada masalah pun sebenarnya yang timbul. Hanya sebab sibuk mencari salah kerajaan Malaysia, semua orang jadi mangsa.

CABAR RAFIZI DEDAH KESELURUHAN SURAT NSE RESOURCES, jangan cuma baca sekerat lepas tu nak tuduh macam-macam....

Kasi puihhhh!!!! sama Rafizi... 

sumber copy peste penuh dari sahabat bloger http://jawaber6.blogspot.com/
Catat Ulasan