Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Isnin, 28 April 2014

Pas lebih memerlukan sokongan Umno daripada PKR dan DAP demi meneruskan Agenda Islam

Bibit bibit penyatuan telah kelihatan semalam,kata hati admin jelas menggambarkan perjumpaan yang di buat TPM pastinya berbincang berkenaan bagaimana memperkukuhkan Islam serta silaturrahim bersama agar Islam tidak mudah di perkotak katik kan bangsa lain yang selama ini menindas kita dan apabila perkara ini di perbetulkan mengapa dap meroyan sakan...teruskan berdoa agar andaian ini benar benar berlaku ..Tolak fahaman politik mari kita sesama Isam bersatu mudah mudahan di rahmati Amin....
SHAH ALAM - Pas lebih memerlukan sokongan Umno daripada PKR dan DAP yang sudah diketahui tidak akan menyokong usahanya untuk melaksanakan hudud.

Selain itu, ia juga harus yakin untuk bergerak sendiri tanpa dua parti sekutunya itu kerana mereka tidak mungkin akan mengubah pendirian untuk menerima undang-undang Islam yang diusahakan Pas.

Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa, Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata, apa yang perlu diperjuangkan Pas sekarang ialah melobi Ahli Parlimen Umno untuk menyokong rang undang-undang persendirian yang akan dibentangkannya di Dewan Rakyat bagi membolehkan hudud dilaksanakan di Kelantan.

"Pas juga perlu buat kajian telus dan menjelaskan kepada Umno mengenai relevan pelaksanaan undang-undang itu untuk mendapatkan sokongan mereka.

“Hudud sudah boleh dilaksanakan jika menerima sokongan cukup Ahli Parlimen. Namun, Pas perlu buat perkiraan tepat jumlah Ahli Parlimen yang menyokongnya," katanya.

Mohamed Mustafa berkata, tidak timbul isu Pas memerlukan sokongan PKR dan DAP kerana kedua-dua parti itu jelas tidak bersetuju dengan perjuangannya melaksanakan hudud.

"Parti Islam itu perlu bergerak sendiri dan mula melobi sokongan Ahli Parlimen,” katanya lagi.

Sementara itu, Geostrategis Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Dr Azmi Hassan berkata, sokongan Ahli Parlimen Umno sudah memadai untuk Pas mendapatkan majoriti mudah.

Katanya, isu ini dilihat akan memberi kesan negatif kepada PR untuk jangka masa panjang.

“Pas perlu berbincang dengan pemimpin PR sebelum membawa usul ini ke Parlimen,” katanya.

Kelmarin, Sinar Harian menyiarkan kenyataan Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke yang menggesa Pas meninggalkan PR secara terhormat jika tetap mahu meneruskan cadangannya melaksanakan undang-undang hudud di Kelantan.

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub dalam reaksinya berkata, pelaksanaan hudud adalah hak Pas dan masih dalam kerangka (permuafakatan) PR yang membenarkan parti masing-masing mengekalkan matlamat perjuangan asalnya.

Tiada ulasan: