Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Jumaat, 11 April 2014

MUNGKINKAH INI BUAYA SEPANJANG TIANG LETRIK YANG SAHABAT PM LIHAT DULU ?

Buaya yang ditemui di kawasan lumpur berhampiran Kampung Lubuk Jaya dan Kampung Nyiur, Bukit Belimbing di sini dan berita penemuan ini juga ada di keluarkan oleh sinar jadi pakat ambil gambar sinar untuk tontonan sahabat pm.

INI PENEMUAN SEBELUM INI NAMUN BUAYA TERBARU YANG DI JUMPAI BERJEMUR LEBIH BESAR
Bukit belimbing yang suatu ketika dahulu kecoh dengan penemuan bangkai buaya pada tahun lepas kecoh lagi dan kali ini penemuan buaya yang sedang bersantai pula dan saiznya juga mengalahkan bangkai buaya yang di temui dahulu

Saiz buaya  air tawar itu yang cukup besar jika dibandingkan dengan penemuan bangkai jenis yang sama pada 25 Julai tahun lalu,cuba sahabat pm bayangkan kalau dahulu bangkai buaya tu nak diangkat pun menggunakan jentera dan saiz nya cukup besar dan yg ditemui semalam saiznya lebih besar namun sedikit pun tidak menggerunkan pengunjung yang ingin melihat buaya tersebut berjemur

Dianggarkan lebih 50 penduduk datang melihat buaya yang statik..tak gerak-gerak dengan mulut ternganga. Mungkin buaya itu tengah berjemur sebab waktu itu cuaca cerah,

Bukan sekali tapi penduduk pernah terserempak dengan buaya jenis itu tapi tak pernah nak ganggu atau mengganas ketika nelayan nak cari makan di sepanjang sungai yang kaya dengan hasil udang.
Admin pun pernah menyusuri sungai tersebut memancing udang namun nasib agak menyebelahi kerana tidak pernah terserempak dengan buaya dan kalau terserempak silap silap serik nak naik sampan memancing kot

Pssstt..buat masa ini ramai yang sudah terserempak buaya besar di Sungai Selangor ini dan ada sahabat pm pernah bercerita terserempak juga dengan reptelia tersebut ketika memancing di jambatan K Selangor dan pada ketika itu hujan renyai renyai buaya tersebut timbul dengan matanya sahaja sebesar cawan dan panjangnya hampir sepanjang tiang letrik jadi kalau memancing tu berhati hati sahaja lah ok..

Tiada ulasan: