Terbaru Admin @pm nak kongsikan cerita tentang DR Maza yang sudah beberapa kali kantoi dalam usahanya memburuk burukkan kerajaan selama ini walhal perkara yang cuba dimainkannya tiada hubung kait dengan kemahiran serta ilmunya.
Oleh kerana memuat naik di status fb nya baru baru ini yang kononnya beliau ni arif dalam bab bab Kapal selam ini jadi biar kita tengok apa jawapan yang telah diberikan oleh orang yang benar benar arif menjawab tohmahan yang di lemparkan DR Maza tersebut.
Disini Admin @ pm kongsikan jawapan yang di buat Oleh : KCD ketika menjawab tohmahan DR Maza di status fb miliknya:-
Watch "Ragam Dr. Maza" on YouTube - Ragam Dr. Maza: http://youtu.be/fFgMSQcEQxA
Adakah status DrMAZA.com ini sudah dipadamkan?
Salah seorang ahli KCD sudah tagkan jawapannya ke FB Mohd Asri Zainul Abidin tentang status FB di pagenya, DrMAZA.com ini. Bagaimanapun status FB DrMAZA.com ini gagal ditemui kembali di FB page tersebut. Admin nukilkan kembali jawapan-jawapan yang kemudian telah dikemaskini tersebut:
Dr. Mohd Asri Zainul Abidin,
1. 'Negara-negara' yang menghantar kapal selam untuk operasi SAR MH370? Setahu saya, baru sebuah negara iaitu Britain yang menghantar kapal selam nuklear kelas Trafalgar, HMS Tireless (S88). Kapal selam ini telah mula beroperasi dan ditauliahkan (commissioned) pada tahun 1985. Ia sepatutnya dilucut tauliahkan (decommissioned) pada tahun 2013 lalu, tetapi sehinggi kini masih beroperasi sehingga April 2014. Mungkin HMS Tireless (S88) ini akan berbakti untuk hari-hari terakhir sebelum 'riwayat'nya ditamatkan.
http://www.royalnavy.mod.uk/The-Fleet/Submarines/Fleet-Submarines/Trafalgar-Class/HMS-Tireless
2. Untuk pengetahuan semua, dua kapal selam diesel-elektrik jenis Scorpène milik TLDM iaitu KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Abdul Razak telah beroperasi dan masih boleh berfungsi sehingga kini. Kedua-dua kapal selam tersebut bukan menjadi pameran seperti ditohmah oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab!
http://www.youtube.com/watch?v=BVNJGMAwziQ
http://www.navy.mil.my/index.php/aset-tldm/kapal-selam/kd-tunku-abdul-rahman
http://www.navy.mil.my/index.php/aset-tldm/kapal-selam/kd-tun-razak
3. 'Tidak sesuai untuk operasi SAR MH370 seperti kapal selam yang dimiliki oleh jiran sebelah'? Negara jiran manakah yang dimaksudkan itu? Singapura?
Singapura tidak pernah menghantar mana-mana kapal selamnya untuk operasi SAR MH370! Negara tersebut sebenarnya menghantar kapal sokongan dan penyelamat kapal selam - Submarine Support & Rescue Vessel (SSRV). Sebenarnya Malaysia juga memiliki kapal jenis penyelamat kapal selam dan ia telah digunakan dalam operasi SAR MH370 di Laut China Selatan sebelum ini. Operasi kapal Malaysia itu telah pun bermula sebelum Angkatan Laut Singapura (RSN) menghantar MV Swift SSRV lagi. Kapal SubMarine Escape & Rescue (SMER) yang digunakan oleh TLDM yang dimaksudkan itu ialah MV Mega Bakti.
http://www.mindef.gov.sg/imindef/press_room/official_releases/nr/2010/aug/18aug10_nr2/18aug10_fs.html
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/MH370_Tiadakapalselamdigunakan/Article/index_html
4. Penggunaan kapal selam untuk operasi SAR pesawat terhempas masih belum terbukti kejayaannya. Ia merupakan antara alternatif dan kaedah yang digunakan ketika membabitkan tragedi pesawat terhempas di lautan sepertimana dalam kes pencarian kotak hitam pesawat Air France Flight 447. Perancis menggunakan kapal selam nuklearnya, Émeraude (S604) untuk operasi mencari kotak hitam pesawat tersebut di Lautan Atlantik itu pada hari kelima tragedi itu berlaku (5 Jun 2009). Bagaimanapun usaha itu menemui kegagalan.
5. Australia yang mengetuai operasi SAR MH370 di Lautan Hindi sehingga kini masih belum menggunakan kapal selamnya dalam usaha mengesan pesawat tersebut. Australia sendiri mempunyai 6 kapal selam diesel-elektrik.
https://www.navy.gov.au/fleet/ships-boats-craft/submarines/ssg
6. Apapun, kita tetap wajar bersyukur kepada Allah Ta'ala dan berterima kasih kepada Tentera Laut Diraja British (Royal Navy) kerana mengerahkan aset mereka iaitu kapal selam HMS Tireless (S88) untuk operasi mencari MH370 ini. Saya mendoakan supaya misi mereka berjaya! Aamiin.
”Di akhir zaman akan ada para ahli ibadah yang bodoh dan para ulama yang jahat.”
(HR at-Tirmidzi).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan