Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Isnin, 28 April 2014

DAP kritik Keras PKR Selangor berkenaan pengepaman Air Lombong

Sudah jadi kebiasaan pentaksub pakatan untuk tidak menerima setiap teguran kita akan tetapi bila DAP sendiri menghentam tindakan Khaled Ibrahim berhubung penggunaan air lombong yang di katakan tidak terjamin tahap keselamatannya seperti yang admin pm tulis semalam banyak pentaksub meroyan dengan pelbagai alasan 
Namun hakikat ini terus di mainkan malah DAP pula menghentam Khaled ,apakah akibat dari tindakan Khaled selama ini yang membelakangkan mereka dan Anwar punca dia di serang itu admin pm kurang pasti namun berkenaan air lombong yang di pam ini pula menjadi topik di mana DAP sendiri khuatir dengan penggunaannya

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim terus menerima tekanan berhubung isu catuan air apabila pemimpin pakatan pembangkang mencetuskan keraguan mengenai tahap keselamatan air lombong yang disalurkan ke Sungai Selangor bagi menghadapi masalah kekurangan kemudahan asas itu.
Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago pelan kecemasan mengepam air daripada lombong yang sedang dilakukan kerajaan negeri wajar diperhalusi termasuk mendapat perakuan daripada Jabatan Kesihatan.
 “Laporan itu patut memperincikan kandungan kimia termasuk pencemaran atau kandungan toksik, jika, ada daripada pelbagai lombong,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Kerajaan negeri sebelum ini mengumumkan langkah pelan kontigensi dengan mengepam air daripada lombong terbiar bagi disalurkan air ke loji rawatan ekoran paras air di empangan dan sungai di negeri itu terus kritikal.
Khalid sebelum ini memberi jaminan kaedah itu selamat ekoran lombong itu tidak digunakan untuk jangka masa lama, malah menjelaskan bahawa air dari kawasan berkenaan mungkin lebih bersih berbanding air sungai.
Santiago yang dipetik portal Malaysiakini bagaimanapun berkata, beliau menerima banyak aduan daripada kumpulan profesional kesihatan yang tidak yakin dengan jaminan itu.
“Terdapat kebimbangan lombong terbiar itu tahun demi tahun menjadi tempat mendapan pencemaran dan kandungan toksik termasuk bahan radioaktif.
“Kebanyakan takungan lombong tidak diurus atau dirawat untuk pemulihan,” katanya.
Kelemahan kerajaan Pimpinan MB Selangor banyak membuatkan Rakyat sengsara passtikan sahabat pm berfikir selepas ini untuk mengundi parti yang gagal mengurus perkara asas seperti air dan sikap sambil lewa serta enggan menerima nasihat pakar oleh kerajaan Selangor amat di kesali.

Tiada ulasan: