Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Ahad, 9 Mac 2014

Zaharie berkongsi gambar jenaka dalam WhatsApp sebelum terbang – Rakan

51394271074_295x200
KUALA LUMPUR: Juruterbang pesawat MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah tidak menunjukkan sebarang keganjilan ketika berkongsi gambar-gambar melucukan dengan kumpulan media sosial WhatsApp pada Jumaat, kata seorang rakan.
Gambar-gambar lucu itu dikongsi beliau pada pagi Jumaat dan itulah kali terakhir Zaharie berkomunikasi dengan kami anggota Kelab Peminat Mila AF5 atau Da Voice of Mila (Davom), kata Wahida Zamri, 27, kepada Bernama hari ini.
Wahida berkata beliau mengenali Zaharie menerusi Davom sejak lima tahun lepas.
“Abang Zaharie tidak pernah melepaskan peluang menyertai pelbagai aktiviti yang dianjurkan kelab termasuk mengumpul dana untuk membantu mangsa kekejaman Israel di Gaza.
“Beliau sering menghubungi anggota kelab menerusi WhatsApp untuk berkongsi tentang aktiviti kelab namun beliau jarang bercerita mengenai tugasnya,” kata Wahida yang menyifatkan Zaharie sebagai seorang yang pendiam namun ringan tulang.
“Kami semua terkejut apabila mengetahui beliau menerbangkan pesawat itu,” kata Pembantu Tadbir Dewan Bandaraya Kuala Lumpur itu.
Seorang lagi anggota Davom, Nor Azana Hamid, 47, berkata beliau mengenali Zaharie sejak 2007 dan menganggap juruterbang itu sangat berpengalaman kerana sudah berkhidmat 33 tahun.
“Beliau pernah menceritakan tentang cara dia melatih pelatih-pelatih baru.
Beliau bertauliah sebab itu dia boleh mengajar orang lain,” kata akauntan di sebuah syarikat swasta di ibu negera.
Zaharie, 53, mengemudikan pesawat B777-200 ke Beijing yang dilapor hilang kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 12.41 pagi Sabtu.
Pesawat itu yang membawa 227 penumpang dari 14 negara selain 12 anak kapal dijadual mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari sama. – bernama

Tiada ulasan: