Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Rabu, 5 Mac 2014

Pedagang Iran pulau barangan Malaysia ekoran kempen anti-Syiah Umno

Seorang ahli perniagaan Malaysia membuat satu tuduhan kononya terpaksa menyimpan getah bernilai RM2 juta yang mengikut rancangan awalnya akan dieksport ke Iran berikutan tindak balas pembeli di republik Islam itu terhadap kempen anti-Syiah yang dipelopori Umno.
Pengerusi Persatuan Persahabatan Malaysia-Iran (Mifa), Azizi Ahmad, berkata melalui sumber portal Malaysian Insider  yang admin pm petik mengatakan halangan datang daripada kalangan orang perseorangan Iran dan bukan dasar rasmi kerajaan negara itu.
"Mereka tidak mahu membeli barangan Malaysia sejak kempen itu. Ia umpama kempen yang dibuat oleh Dr Mahathir Mohamad (bekas perdana menteri) dahulu, Buy British Last, sekarang jadi Buy Malaysian Last," kata Azizi kepada The Malaysian Insider.
Azizi berkata, berbeza dengan pengikut Sunni, pengikut Syiah yang merupakan majoriti umat Islam di Iran sangat dipengaruhi oleh ulama mereka, maka sebarang panggilan boikot boleh memberikan kesan buruk terhadap Malaysia.
"Jika ulama mereka kata berhenti berurusan dengan Malaysia, susahlah kita nanti," katanya yang mendengar ura-ura perkara itu akan berlaku.
Selain masalah yang dihadapinya di Iran, Azizi juga berdepan masalah sama di kalangan rakyat Malaysia apabila beliau didakwa menjadi "tali barut Syiah" kerana hubungannya dengan republik Islam itu.
"Saya sedang dalam proses memfailkan saman ke atas seorang ustaz kerana membuat pelbagai tuduhan kepada saya sehingga menyebabkan saya dipulau dan perniagaan saya terjejas," katanya.
Sementara itu, seorang pegawai kedutaan Iran di Kuala Lumpur, ketika ditemui The Malaysian Insider, mengakui bahawa jumlah nilai perdagangan negara itu dengan Malaysia berkurangan dalam dua bulan pertama tahun ini.
Pegawai yang enggan namanya disiarkan itu bagaimanapun berkata, beliau tidak tahu mengenai apa-apa kempen memulau barangan Malaysia oleh ahli perniagaan Iran.
Beliau berkata, jumlah nilai perdagangan yang lebih kecil mungkin disebabkan faktor lain seperti usaha Iran mempelbagaikan ekonominya dan mendapatkan bahan mentah daripada sumber baru.
Pada Perhimpunan Agung Umno tahun lalu, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga naib presiden Umno melancarkan serangan keras ke atas pengikut mazhab Syiah dan menuduh pemimpin kanan PAS sebagai pengikut aliran tersebut.
Turut menjadikan Syiah sasaran ialah ustaz yang berceramah di masjid dan surau dengan alasan Syiah dan Iran adalah musuh umat Islam, merujuk kepada perkembangan semasa di Syria yang meletakkan Iran dan negara Arab di pihak berlainan.

Tiada ulasan: