Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Jumaat, 14 Mac 2014

NGA KOR MING BIADAP !!! MUAT NAIK GAMBAR PALSU KONONNYA PRESIDENT AMERIKA SYARIKAT TONTON AKSI BOMOH DI FB!!

2335
KAJANG: Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming dibidas kerana memuat naik gambar palsu aksi seorang bomoh dalam akaun Twitter dan Facebook yang dikaitkan dengan usaha mencari pesawat MAS MH370 yang hilang sejak Sabtu lalu.
Ketua Pemuda MCA, Chong Sin Woon, berkata tindakan Nga memuat naik gambar Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama yang kononnya sedang menonton seorang bomoh Malaysia mengesan pesawat MAS MH370 itu jelas bertujuan mempersendakan kerajaan.
“Bukan itu saja, beliau meletakkan satu gambar dalam Facebooknya yang menunjukkan AS, Vietnam dan Singapura menghantar pelbagai aset mereka untuk operasi mencari dan menyelamat (SAR), tetapi Malaysia hanya menggunakan ‘permaidani’.
“Kor Ming sepatutnya mendiamkan diri dan saya berpendapat beliau perlu meminta maaf sekarang,” katanya pada sidang media di Bilik Gerakan Induk MCA di sini, hari ini.

Bomoh Ibrahim nafi pemimpin negara yang mengundangnya datang

Kelmarin, seorang lelaki yang mendakwa dirinya Raja Bomoh Sedunia dan pembantunya datang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk melakukan upacara khas bagi menjejaki pesawat berkenaan ,
Tindakan bomoh itu mendapat perhatian media asing dan menjadi bahan lawak dalam media sosial.
Bomoh Ibrahim Mat Zin, pada Rabu, mengadakan sesi kedua upacara ritual dalam usaha untuk membantu mengesan kapal terbang Malaysia Airlines MH370 yang hilang.
Ibrahim, yang menggelarkan dirinya Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP dengan gelaran Datuk Mahaguru menjalankan acara ritual di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Dia diiringi oleh beberapa pembantu dan menggunakan air Zam- Zam, dua biji kelapa, tongkat dan karpet ajaib.
Sesi yang telah diadakan di Anjung Tinjau KLIA menarik perhatian ramai orang.
Bomoh Ibrahim Mat Zin mengadakan sesi kedua upacara ritual untuk mencari pesawat hilang.
“Tujuan ritual adalah untuk melemahkan semangat buruk supaya penyelamat boleh mencari pesawat jika memang ia telah terhempas,” katanya kepada pemberita.
Ibrahim berkata, ritual-ritual simbolik telah digunakan untuk banyak generasi.
Dia menjelaskan bahawa apa yang dilakukan adalah kehendaknya sendiri walaupun terdapat laporan bahawa pemimpin-pemimpin negara telah mengundangnya.

Tiada ulasan: