Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Isnin, 31 Mac 2014

Mualaf sepatutnya nikmati hak istimewa orang Melayu, kata bekas hakim

Golongan mualaf di negara ini sewajarnya diberi hak istimewa sebagaimana yang dinikmati orang Melayu di bawah Perlembagaan Persekutuan, kata Bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Noor Abdullah (gambar), semalam.
Mohd Nor yang juga penaung Persatuan Darus Sa'adah Negeri Sembilan, sebuah persatuan Mualaf, berkata ini kerana kedudukan mualaf adalah sama dengan ciri-ciri takrifan yang diberikan oleh perlembagaan kepada orang Melayu.
Bagaimanapun, katanya, pada masa ini ramai di antara saudara baharu ini disisihkan daripada menerima manfaat tersebut oleh sesetengah pegawai kerajaan yang menganggap mereka sebagai bukan Bumiputera."Hak istimewa orang Melayu itu termasuk peluang membeli tanah rizab Melayu, Amanah Saham Bumiputera dan menikmati kuota untuk kemasukan ke institusi pengajian tinggi dan sebagainya.
"Peluang yang diberikan kepada golongan mualaf itu tidak bermakna merampas hak orang Melayu, tapi sebaliknya ia bakal membesarkan kek ekonomi dan sosial kepada umat Islam di negara ini.
"Mereka (golongan mualaf) ini adalah 'orang Melayu istimewa' yang dicipta sendiri oleh Perlembagaan," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan ke-23 persatuan itu di Seremban. - Bernama, 31 Mac, 2014.

Tiada ulasan: