
Maira yang merupakan anak perempuan kepada ketua pramugara, Andrew Nari rajin berkongsi perasaan dan berita tentang insiden MH370 melibatkan bapanya.
Bagaimanapun bagi yang biasa yang mengikuti perkembangan Maira menerusitwithandle @Gorgxous, anda akan dapati akaun tersebut tidak lagi aktif.
Sebaliknya Maira kini menggunakan twithandle baru iaitu @MairaElizxbeth_. Keputusan ini dipercayai kerana Maira terasa hati apabila dia menerima kata-kata berunsur kebencian sebelum ini di Twitter lama.

Kini akaun baru Maira mempunyai 3,546 pengikut dan dipercayai akan terus meningkat.
Pada masa sama, Maira dilihat menegur seseorang yang menggunakan twithandle @Gorgxous1 kerana berlagak seolah-olah dia adalah Maira termasuk menggunakan gambarnya dan membalas pertanyaan pengikut seolah-olah dia adalah Maira sebenar.

Pelik juga perangai sebilangan manusia ini ya?
Boleh buat-buat macam tak bersalah dan sanggup berlakon jadi orang lain semata-mata mahukan perhatian. Sedih..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan