KUALA LUMPUR – Isu Memorandum Persefahaman (MoU) perjanjian pengstrukturan semula air di Selangor dan Wilayah Persekutuan kini menjadi tanda tanya selepas pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat (PR) hari ini mengarahkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim tidak menandatangani sebarang perjanjian dengan kerajaan pusat tanpa persetujuan mereka.
Keputusan ini dibuat bagi membolehkan PR meneliti terlebih dahulu MoU berkenaan secara mendalam.
Beberapa jam sebelum itu, Khalid telah pun mengumumkan dalam satu sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat minggu exco negeri yang Selangor telah bersedia dan bersetuju untuk menandatangani perjanjian berkenaan minggu depan dengan kerajaan persekutuan.
Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata, walaupun Khalid tidak memerlukan persetujuan Pakatan sebelum menandatangani apa saja perjanjian, ia berbeza dalam kes tersebut.
“Majlis Pimpinan Pakatan setuju hantar tiga wakil… untuk sampaikan pandangan harus diberikan penjelasan lebih terperinci tentang kesan (perjanjian) kepada Selangor, hal tarif dan beberapa aspek perjanjian termasuk Langat 2 kepada pimpinan sebelum ditandatangani (perjanjian),” kata Anwar.
“Tugas mereka ini ialah untuk menasihati (Khalid) supaya tidak terburu-buru dalam menandatangani perjanjian kerana ia memberikan impak besar kepada negeri, isu tarif (air), isu Langat 2,” kata beliau.
Menurut Anwar, walaupun MOU tersebut sudah dimeterai perjanjian selepas ini haruslah mendapat input dari pemimpin PR.
“Bila kita tengok ada masalah pentafsiran yang agak samar dalam MOU, dan terutamanya Langat 2, jadi kita fikir perlu ada rasa rendah diri dan telus kita perlu diberitahu akan perkara ini.
Sebelum ini kerajaan Selangor telahpun bersetuju dengan kandungan perjanjian itu dan menandatangani MoU dengan kerajaan persekutuan.
Pemeteraian itu disambut baik rakyat negeri Selangor yang mahu kerajaan negeri tidak mempolitikkan isu berkenaan demi kesejahteraan rakyat negeri itu yang sering bergelut dengan masalah perkhidmatan air.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan