Panas laman media sosial semalam apabila Penyokong Pakatan terlompat dan terkinja kinja bila Tun M mengkritik Kerajaan tapi dalam masa yang sama pm anggap mereka ini sebenarnya kurang cerdik hanya mengambil kata kata Tun yang hanya menguntungkan mereka sahaja
Apabila perkara ini timbul sebenarnya kita sebagai Rakyat harus menilai pendapat Tun itu bukannya terus menerimanya maklumlah tidak semua orang pakar dalam semua bidang kadang kadang pasti ada melakukan kesilapan yg paling utama masing masing ada hak untuk memberikan pendapat mereka
Topik ini amat menarik untuk dibincangkan bersama dan pada hari ini juga admin terbaca satu komen yang agak menarik dan pendapat yang pm rasa ada kebenarannya dari ucapan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menafikan kenyataan Tun mengenai isu pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) membebankan kewangan kerajaan.
Menurut KJ “BR1M diperkenalkan untuk membantu rakyat yang layak menerimanya di samping sistem subsidi pukal dikurangkan. Beban kewangan negara tidak meningkat kerana BR1M sebab ada penjimatan pengurangan polisi subsidi pukal.
“Sistem subsidi pukal di mana semua (tak kira pendapatan) menikmati petrol yang disubsidi perlu perbelanjaan kerajaan yang lebih banding BR1M,” katanya dalam entri di laman Twitter, semalam.
Menurutnya lagi, kerajaan juga sedang mengkaji kaedah lain untuk membantu rakyat.
“BR1M adalah polisi targeted assistance (bantuan yang disasarkan) yang akan ganti blanket subsidies (subsidi menyeluruh).
“Kerajaan juga sedang kaji kaedah lain seperti fuel card (kad minyak) dan lain-lain,” katanya.
Kelmarin, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam tulisan di blognya menyatakan, pemberian BR1M hanya membebankan kerajaan.
Menurutnya, kerajaan berdepan dengan defisit dan hutang yang besar sekiranya BR1M diteruskan.
“Pemberian RM500 seorang kepada tujuh juta rakyat melibatkan kos RM3.5 bilion. Apabila jumlah ini ditambah kepada RM1,200 kos akan menjadi RM8.4 bilion.
“Itu adalah satu jumlah yang banyak, namun masih ramai orang miskin di negara ini. Adakah kita (kerajaan) memerlukan BR1M (untuk mendapat sokongan) walaupun tanpanya, kita masih mendapat sokongan yang baik daripada masyarakat?” katanya
Kadang kadang tidak semua perkara kita patut terima bulat bulat akan tetapi cadanagn Tun itu ada kebenarannya serba sedikit tetapi penjelasan sebegini yang perlu dilakukan pada semua apa apa pun gandingan muda dan berpengalaman seperti Tun wajar dikongsikan agar setiap teguran dapat menjadikan Umno lebih unggul dulu kini dan selamanya
Pm tulis ,sahabat nilaikan dan kita kupas bersama...Apa pendapat sahabat pula?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan