Laman Facebook rasmi Cable News Network (CNN) ‘diserang’ sejumlah besar rakyat Malaysia yang tidak senang dengan laporan negatif saluran berita televisyen berkenaan mengenai tragedi pesawat MH370.


“Tolong berhenti menyebar pembohongan mengenai kami (Malaysia). Kalau kamu di tempat kami, adakah anda sanggup terima jika saya buat perkara yang sama terhadap anda? #boycottCNN,” antara komen rakyat Malaysia dalam laman sosial Facebook milik saluran berita tersebut.
Ada juga yang menyindir CNN kerana begitu ghairah mahu menjadi seperti penyebar maklumat sedangkan gagal memberikan maklumat paling asas seperti kedudukan ibu negara Malaysia iaitu Kuala Lumpur.
Salah satu laporan CNN sebelum ini menyebut nama Kuala Lumpur tetapi visual peta menunjukkan ibu negara Malaysia itu terletak di Indonesia.


Saluran televisyen itu turut memetik dua selebriti China Zhang Ziyi dan Chen Kun yang turut mengutuk Malaysia sambil mengajak rakyat negara tersebut memboikot produk Malaysia.

Sementara itu, beberapa fan page Facebook melancarkan kempen memboikot CNN seperti Saya Sayang Dr Mahathir Mohamad, Generasi Pelapis Negara dan Rojak Malaya selain wujudnya laman Facebook baru seperti Malaysia Bersatu Menentang CNN yang menjalankan kempen sama.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan