Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Rabu, 5 Mac 2014

20,309 kenderaan setiap jam pada hari pelancaran Jambatan Kedua PP

Orang ramai menunggu berhampiran Tol Plaza Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah di Nibong Tebal untuk melalui jambatan berkenaan yang mula dibuka kepada orang ramai pada 12.01 tengah malam Ahad. Jambatan sepanjang 24 kilometer itu yang mana 17 kilometer daripadanya merentasi laut, menghubungkan Batu Kawan di tanah besar dan Batu Maung di bahagian pulau. -fotoBERNAMA
Orang ramai menunggu berhampiran Tol Plaza Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah di Nibong Tebal untuk melalui jambatan berkenaan yang mula dibuka kepada orang ramai pada 12.01 tengah malam Ahad. Jambatan sepanjang 24 kilometer itu yang mana 17 kilometer daripadanya merentasi laut, menghubungkan Batu Kawan di tanah besar dan Batu Maung di bahagian pulau. -fotoBERNAMA
GEORGE TOWN: Trafik berjalan lancar di sepanjang jambatan baharu Sultan Abdul Halim Muadzam Shah pada hari ketiga ia beroperasi sebagai laluan alternatif bagi penduduk tanah besar berulang alik ke Pulau Pinang dan sebaliknya.
Pengarah Urusan Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) Datuk Ir Dr Ismail Mohamed Taib berkata 20,309 kenderaan direkodkan menggunakan Jambatan kedua Pulau Pinang setiap sejam pada hari pelancarannya Sabtu lalu.
“Kesesakan trafik berlaku semasa hari pembukaan tetapi pada pagi Isnin, aliran trafik kembali lancar sehingga hari ini (Selasa),” katanya dalam satu kenyataan.
Ismail berkata kesesakan trafik pada hujung minggu disebabkan pengguna jalan raya memperlahankan kenderaan untuk merasai dan menghargai jambatan terpanjang di Asia Tenggara itu pada waktu malam.
Jambatan baharu itu merupakan laluan alternatif ke bahagian pulau bagi penduduk yang tinggal di Seberang Perai Selatan seperti Nibong Tebal atau Jawi dan sebagai laluan alternatif bagi mereka di Batu Maung atau Permatang Damar Laut untuk sampai ke tanah besar.
“Bagi mereka yang datang dari Batu Maung yang ingin berulang alik ke Kulim, Bandar Baru Perda, Permatang Pauh dan kawasan berdekatan, boleh menggunakan Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah dan meneruskan perjalanan menggunakan jalan-jalan kecil, mengelak lampu isyarat di Hilir Sungai Keluang,” katanya.
Ismail berkata mereka yang datang dari Simpang Ampat atau kawasan Bukit Tambun boleh mendapatkan akses ke jambatan baharu melalui Bukit Tambun dan Persiaran Bandar Cassia, yang akan membawa mereka ke persimpangan bunga cengkih Batu Kawan dan meneruskan perjalanan ke jambatan melalui tol plaza Jambatan Kedua.
“Ini merupakan tol plaza bersepadu di mana pengguna jalan raya boleh membayar tol PLUS Expressway dan tol jambatan di satu pusat sehenti; sudah tentu buat masa kini mereka hanya perlu membayar tol PLUS memandangkan jambatan itu bebas tol selama sebulan,” katanya. - BERNAMA

Tiada ulasan: