Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Jumaat, 7 Februari 2014

Klip video: MCA mahu Teresa Kok mohon maaf

22b70c6ffbffa9c0a7dd2faebadcf98b_XLJOHOR BAHRU: MCA menuntut supaya Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok meminta maaf secara terbuka berhubung penerbitan klip video kontroversi ‘Onederful Malaysia beliau yang dikatakan menimbulkan sentimen perkauman dan telah mencemarkan erti sebenar perayaan Tahun Baru Cina yang penuh bermakna.
Ketua Biro Pengaduan dan Perkhidmatan Awam MCA, Jason Teoh berkata klip video 11 minit itu adalah tidak selaras dengan aspirasi pembangunan negara Malaysia kerana ia mempunyai unsur-unsur fitnah dan hasutan.
“Beliau harus meminta maaf kepada negara dan kepada masyarakat Cina kerana video itu menunjukkan imej negatif negara dan kaum Cina,” katanya pada sidang media yang diadakan di sini, Jumaat.
Jason berkata, sebagai seorang berbangsa Cina, beliau malu dengan video itu kerana kaum lain mungkin akan membayangkan imej yang salah mengenai masyarakat Cina.
Dalam klip video itu, Teresa memegang watak sebagai hos bersama tiga ‘ahli panel’ yang bercakap mengenai Feng Shui dengan mempermainkan pelbagai isu negara, termasuk sistem pendidikan, kos sara hidup yang meningkat, keselamatan awam dan pencerobohan di Sabah pada Februari tahun lepas. 

Tiada ulasan: