Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Rabu, 8 Januari 2014

Suami paksa isteri seks dengan sepupu sendiri

xpix_gal1.pagespeed.ic.0VVUiOdCmf
Mengapa manusia sanggup bersifat seperti haiwan untuk memusakan nafsu serakahnya sanggup menyerahkan isteri kepada sepupunya yg masih remaja?  Mengapa ada suami yang membenarkan isterinya di rogol serta di perlakukan seperti binatang,kurang ajar punya laki,semoga dia menerima pembalasan yang setimpal,semua perkara ini terjadi disebabkan manusia tidak menggunakan akal dan bolehlah diketogerikan golongan binatang.
ARAU: “Dia tak patut hidup lagi di dunia ini kerana perangainya lebih teruk daripada binatang,” kata seorang isteri muda yang menjadi mangsa deraan seksual suaminya apabila dipaksa melakukan hubungan seks dengan seorang remaja berusia 15 tahun.
Malah, dalam kejadian yang berlaku jam 3 petang, 1 Januari lalu, si suami durjana itu turut membantu remaja terbabit merogol mangsa yang sedang hamil apabila wanita berkenaan meronta.
Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Nora, 19, berkata, suaminya turut merakam aksi hubungan seksnya dengan remaja terbabit yang juga sepupu lelaki itu.
“Selepas itu dia (suami) pula melakukan hubungan seks secara paksa dengan saya,” katanya ketika ditemui Harian Metro, di sini, semalam.
Berikutan kejadian itu, Nora membuat laporan di Balai Polis Arau pada hari yang sama, menyebabkan suaminya yang berusia 22 tahun serta remaja terbabit ditahan untuk siasatan lanjut.-HM
Firman Allah SWT bermaksud: “Wahai nafsu yang tenang! Kembalilah kepada TuhanMu dalam keadaan redha dan diredhai, masuklah ke dalam golongan hamba-hambaKu dan masuklah ke dalam syurgaKu.” (Surah al-Fajr, ayat 27)

Sedangkan nafsu ammarah sentiasa mendorong melakukan sifat-sifat keji yang menjijikkan, tamak, dengki, pemarah, sombong, kedekut dan pelbagai keburukan lain. Apa saja perkara yang ditegah, maka perbuatan itulah yang akan dilakukan.

Perkara ini ditegaskan oleh Allah SWT dalam surah Yusuf, ayat 53 yang bermaksud: “Sesungguhnya nafsu ammarah itu sangat mengajak kepada kejahatan”

 Kedudukan nafsu ini banyak ditentukan oleh akal.  Sesungguhnya akal yang sempurna tentu inginkan kepada perkara kebaikan dan benci melakukan keburukan.    

Banyak ayat al-Quran dan hadis yang menyuruh manusia berfikir sesuai dengan kejadian manusia yang dibekalkan akal.  Antara ayat al-Quran menyebut mengenai berfikir ialah firman-Nya bermaksud: “Maka apakah kamu tidak menggunakan akal?” (Surah al-Anam, ayat 32). 

Fitrahnya, akal adalah penentu dalam mencorakkan martabatkan hidup insani dan satu-satunya pembeza mutlak antara manusia dan haiwan.  Jadi, sesiapa tidak menggunakan kewarasan akal, layaknya dipanggil manusia haiwani, yakni fizikalnya manusia tetapi hidupnya cara haiwan.

Firman Allah SWT bermaksud: “Dan sesungguhnya kami jadikan neraka jahanam kebanyakannya daripada jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakan bagi memahami (ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakan bagi melihat (tanda kekuasaan Allah) dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakan bagi mendengar (ayat Allah). Mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang yang lalai.” (Surah al-Araf, ayat 179)

Kehidupan manusia menjadi rosak dan sama seperti haiwan berpunca akal dan hatinya telah dirosakkan oleh hasutan syaitan yang sentiasa berusaha menyesatkan manusia.  Kehidupan mengejar kemewahan dan kenikmatan dunia semata-mata menyebabkan diri jauh daripada matlamat asal kejadian manusia yang perlu taat dan patuh kepada perintah Allah SWT.

Tiada ulasan: