Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Khamis, 30 Januari 2014

#PRK-KAJANG - DUN Kajang helah Anwar untuk elak hukuman?

KUALA LUMPUR  - Pengosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang bagi memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon adalah satu perancangan sistematik untuk menyelamatkan Ketua Pembangkang itu daripada hukuman tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan akan didengar di Mahkamah Rayuan bulan depan.
Perancangan itu dikatakan mirip peristiwa 26 Ogos 2008 apabila isteri beliau, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail tiba-tiba mengosongkan kerusi Parlimen Permatang Pauh bagi membolehkan Anwar bertanding, kurang dua minggu sebelum beliau dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas tuduhan yang sama pada 7  Ogos 2008.
Untuk rekod, rayuan pihak pendakwaan yang tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang melepas dan membebaskan Anwar daripada pertuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan dijadualkan didengar di Mahkamah Rayuan pada 12 dan 13 Februari ini.
Bekas Setiausaha Sulit Anwar, Muhammad Rahimi Osman mendakwa, beliau mendapat maklumat berhubung perkara itu daripada sumber dalaman Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan berdasarkan tindak-tanduk Anwar sebelum ini, perkara itu tidak mustahil berlaku.
anwar khalid gembiraIni kerana katanya, perbalahan antara Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali hanyalah perkara biasa dan tidak memerlukan Anwar melakukan tindakan sangat drastik dengan mengarahkan pengosongan kerusi DUN Kajang sehingga membelakangkan pandangan sekutunya dalam Pas dan DAP.
“Tindakan Anwar bertanding di DUN Kajang merupakan langkah politik untuk memberi tekanan kepada pihak berkuasa dalam rayuan kes liwat beliau.
“Melalui pertandingan dalam pilihan raya kecil, populariti Anwar akan meningkat dan jika Anwar diletakkan menjadi Menteri Besar Selangor, maka akan terdapat satu tekanan kepada pihak berkuasa dalam kes liwat beliau,” dakwanya seperti dipetik akhbar Utusan Malaysia hari ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang dari PKR, Lee Chin Cheh meletakkan jawatan kelmarin sekaligus menguatkan spekulasi bahawa Anwar akan bertanding di kerusi tersebut dalam pilihan raya kecil.
Pada pilihan raya umum lalu, Chin Cheh menang dengan majoriti 6,824 undi dalam pertembungan enam penjuru dengan Barisan Nasional (BN), Berjasa dan tiga calon bebas.
Walaupun Anwar sebelum ini menafikan akan menjadi calon, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid semalam mengumumkan Anwar akan bertanding sebagai calon PKR dalam satu sidang akhbar yang turut dihadiri Anwar.
Akhbar itu turut memetik kenyataan bekas Setiausaha Politik Anwar, Ezam Mohd. Noor yang menegaskan bahawa jawatan Menteri Besar bukanlah sasaran utama Anwar, sebaliknya Ketua Pembangkang itu sedang merancang mempolitikkan kes liwat yang dihadapinya.
Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) itu menyifatkan perkembangan terbaru itu sebagai ‘drama’ Anwar kerana Penasihat PKR itu cuba mengulangi episod yang sama dalam Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh pada 2008.
“Yang berbeza cuma wakil rakyat yang menjadi ‘korban’ iaitu Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail mengundur diri untuk memberi laluan kepada suaminya di Permatang Pauh manakala Chin Cheh meletakkan jawatan agar Anwar boleh bertanding sebagai calon PKR di Kajang.
“Memang benar pilihan raya kecil DUN Kajang bukan berkisar tentang soal Anwar mahu menjadi Menteri Besar Selangor, sebaliknya tentang kes liwat beliau,” dakwanya.
Sementara itu, bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari percaya Anwar tahu laluannya untuk menjadi Menteri Besar Selangor adalah proses yang rumit.
“Terdapat banyak faktor yang boleh menghalang Anwar daripada dilantik ke jawatan itu terutama kemungkinan tidak mendapat perkenan Sultan Selangor,” jelasnya.
Walau bagaimanapun, beliau memberitahu, Anwar berkemungkinan akan memainkan persepsi jika gagal menjadi Menteri Besar Selangor bahawa semua itu adalah berpunca daripada rayuan kes liwat yang kononnya didalangi oleh UMNO dan BN.

Tiada ulasan: