Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Selasa, 31 Disember 2013

Persatuan Penjaja dan Peniaga Selangor,mengamok Cukai naik ?

Tindakan menaikkan harga pembaharuan lesen perniagaan dan sewa tapak perniagaan dilakukan oleh beberapa pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor akhirnya dapat satu respon dari Pengerusi Persatuan Penjaja dan Peniaga Selangor, Ismail Sulaiman yang mendakwa mereka terbeban dengan pimpinan Kerajaan Negeri.

Pengerusi Persatuan Penjaja dan Peniaga Selangor, Ismail Sulaiman berkata, pihak berkuasa tempatan PBT tidak sewajarnya membebankan peniaga dengan menaikkan harga pembaharuan lesen perniagaan kerana pihak terbabit tidak mempunyai alasan untuk berbuat demikian.

“Para peniaga akan terbeban dengan kenaikan ini terutama peniaga-peniaga kecil kerana terpaksa menampung peningkatan kos-kos yang lain,”dalam satu laporan akhbar yang pendekar petik hari ini. 

Katanya, PBT seharusnya mengambil kira kenaikan kos yang dihadapi oleh peniaga kecil dan sederhana dan golongan pekerja, petani serta kelas menengah apabila berhadapan dengan kenaikan harga minyak dan tarif elektrik serta penurunan pelbagai subsidi barangan keperluan.

“Kenaikan kos ini pasti akan dirasai pada harga barangan yang akan dibayar semua pengguna nanti dan memberi impak kepada semua rakyat Malaysia,” jelasnya.
Ismail berkata, sekiranya PBT tetap dengan keputusan menaikkan harga tersebut, pihaknya akan menghantar surat bantahan.

“Kami berharap PBT akan mempertimbangkan cadangan mereka itu dalam usaha mengurangkan bebanan para peniaga,” jelasnya.

Khaled ibrahim mungkin sekarang berasa seronok kerana para pengikutnya dalam pakatan Pembangkang tidak pernah hendak menyalahkannya dengan menukar kesalahan yg mereka lakukan dengan hanya memburuk burukkan Kerajaan akan tetapi admin @pm rasa para peniaga di Selangor pastinya bersedia untuk menjatuhkan beliau pada PRUakan datang kerana mereka ini ibarat paku dulang paku serpih,mengata orang dia yang lebih.

Tiada ulasan: