Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Jumaat, 6 Disember 2013

KESAL HJ HADI SANGGUP MEMFITNAH SAYA DAN SAYA AKAN SAMAN DIA CUKUP2 !!!


Selama ini kita melihat pelbagai keraguan yang diciptakan oleh haji hadi yang penuh dengan kontrovesi berpanjangan dan pm nak ingatkan yang isu Amanat HJ Hadi merupakan isu terhangat dalam sejarahnya dan PM nak ingatkan rakan rakan bahawa majlis fatwa sudah mengatakan bahawa amanat itu amat berbahaya dan salah disisi agama kerana mengakibatkan perpecahan sesama umah

Mohd Shamsul Mat Amin telah failkan saman Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pagi tadi dan beliau meluahkan perasaannya yang teramat kesal dengan fitnah yang dilemparkan terhadapnya.

Beliau mendakwa bahawa tidak menyangka seorang yang bergelar Haji dan pemimpin parti Islam pula sanggup menaburkan fitnah terhadapnya

Diantara beberapa Intipati sidang media oleh Mohd Shamsul pagi tadi ialah seperti yang dilampirkan dibawah.


1) Menyatakan bahawa dia akan meneruskan saman terhadap Abdul Hadi Awang kerana memfitnah beliau terlibat dengan kes menjual pil kuda.

2) Saman ini dibuat adalah bagi membersihkan nama beliau kerana beliau tidak pernah terlibat dengan kes pil kuda seperti mana dinyatakan oleh pihak berkenaan iaitu Haji Hadi Awang.

3) Beliau telah menghantar surat kepada Hadi pada 22 Oktober 2013 yang mana isi tersebut adalah untuk meminta Hadi memohon maaf kepada beliau namun Hadi tidak memperdulikannya.

4) Pada 7 Nov 2013 peguam Hadi berbohong dan menjawab surat beliau dan menyatakan bahawa Hadi tidak pernah memfitnah beliau terlibat dengan penjualan pil kuda.

5) Beliau memfailkan saman ini kerana terasa tertekan dan tidak berpuas hati terhadap fitnah jijik yang dibuat oleh Hadi keatas diri beliau.http://www.youtube.com/watch?v=b_hdPmJZNV0&feature=player_embedded

Tiada ulasan: