Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan ikrar beliau sempena tahun baharu untuk meminimumkan kesan kenaikan kos sara hidup terhadap rakyat.
  
"...di mana perlu, kami akan menambah baik program-program kerajaan supaya kesan terhadap pendapatan isi rumah tidak terlalu ketara.
  
"Kami akan melaksanakan beberapa mekanisme untuk mengurangkan beban rakyat akibat kenaikan tarif elektrik dan bayaran tol dan Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) akan mengemukakan idea baharu untuk mengurangkan tekanan kos sara hidup," kata Najib dalam perutusan tahun baharu melalui blog beliau www.1Malaysia.com.my.
  
Setelah mengumumkan 11 langkah untuk mengurangkan perbelanjaan sektor awam pada tahun baharu semalam, Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata kerajaan akan cuba memastikan kadar kenaikan adalah adil.
  
Sebagai contoh, kata beliau, kenaikan harga petrol dan tarif elektrik akan memberi kesan kepada kuasa membeli rakyat, namun, walaupun ada peningkatan, kerajaan masih memberi subsidi petrol dan bil elektrik.