Tahniah buat Umno,itu lah ucapan pertama yang PM nak sampaikan buat para Pemimpin Umno yang berusaha menegakkan kebenaran terhadap tuduhan jahat para penyokong Pas selama ini Khususnya Mustafa ali.
Selama ini UMNO terlalu berlembut dan baik hati. Fitnah demi fitnah yang telah dilemparkan oleh PAS sekadar ditelan tanpa mengambil sebarang tindakan ke atas mereka. Namun dalam kes fitnah yang telah dilemparkan oleh Datuk Mustafa Ali, akhirnya UMNO mengambil keputusan untuk menyaman fitnah terhadap Datuk Mustafa Ali, peguamnya dan lidah rasmi Pas, HarakahDaily kerana didakwa mengaitkan parti itu dengan penyebaran video lucah yang dikatakan mirip Setiausaha Agung Pas terbabit.
Pihak-pihak yang terlibat dalam kes saman fitnah UMNO terhadap Datuk Mustafa Ali, peguamnya dan akhbar lidah rasmi Pas, HarakahDaily, di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah bersetuju untuk kes itu dipindahkan bagi proses mediasi ke arah penyelesaian saman tersebut. Hakim telah menetapkan 15 Januari 2014 bagi pengurusan kes untuk mengetahui status mediasi tersebut.
Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Ab. Rauf Yusoh selaku pegawai awam UMNO melalui firma guaman, Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak di Mahkamah Tinggi telah bertindak menfailkan saman sebelum ini. Tuntutan saman itu melibatkan lima artikel yang disiarkan setelah Mustafa didakwa membuat kenyataan berunsur fitnah pada 13 April lalu apabila video lucah seorang lelaki menyerupainya tersebar di laman sesawang sejak 11 April lalu.
Mustafa sebagai defendan pertama; peguam beliau, Asmuni Awi defendan kedua dan Ketua Pengarang HarakahDaily.net, Zulkifli Sulong defendan ketiga. Dalam writ saman tersebut, , kenyataan fitnah itu diucapkan oleh Mustafa bersama Asmuni dan telah diterbitkan oleh Zulkifli. Pihak plaintif mendakwa, Mustafa telah membuat kenyataan berunsur fitnah yang pertama ketika berucap dalam satu majlis di markas Pas Kampung Molek, Dungun, Terengganu pada 13 April lalu.
Pada tarikh yang sama, kenyataan tersebut disiarkan oleh www.malaysiakini.com melalui artikel bertajuk Mustafa nafi letak jawatan SUA Pas manakala HarakahDaily.net menyiarkan artikel bertajuk Mustafa ceramah di Dungun, dakwa UMNO terdesak. Artikel ketiga bertajuk, Peguam Mustafa dakwa ia fitnah UMNO bertarikh 12 April dan artikel keempat bertarikh 13 April bertajuk, GE13: Mustafa: I’m not the man in videoclip manakala artikel kelima bertajuk Saya tidak mahu jawab, serah kepada peguam – Mustafa.
Artikel fitnah tersebut antaranya membawa maksud kononnya UMNO yang sengaja merancang insiden berkaitan video lucah itu, UMNO menyebarkannya untuk kempen dan UMNO menjadi dalang di sebalik pembikinan video lucah tersebut. Oleh itu Mustafa bertanggungjawab ke atas reputasi UMNO yang terjejas teruk dan pihak plaintif layak diberikan ganti rugi. Manakala peguam bela dan peguam cara, Asmuni telah turun ke arena politik dan didakwa berniat jahat ketika membuat kenyataan tersebut. Dan dasar defendan ketiga jpula berniat agar kata-kata fitnah itu diterbitkan.
UMNO tidak mempunyai sebarang kaitan serta tidak terlibat sama sekali dengan amalan politik kotor seperti itu dan mahu mendapatkan keadilan. Mereka menuduh beberapa blog pro-Umno telah memuatkan video melibatkan pemimpin itu dengan seorang wanita tidak dikenali dalam sebuah bilik hotel lapan hari sebelum penamaan calon.
Ironinya wanita dalam video itu mengaku diupah PKR untuk memerangkap pemimpin itu – yang menurutnya orang paling lantang mendesak ke arah penyatuan PAS-Umno melalui kerajaan perpaduan. Tuduhan dilemparkan kepada UMNO kononnya dalam suasana tertekan maka video lucah dikeluarkan lagi oleh BN untuk menekan Pakatan Rakyat. Mereka juga menuduh UMNO menuding jari kepada PKR juga bertujuan melaga-lagakan kedua-dua rakan dalam Pakatan itu.
Kebenaran akan tetap terbongkar juga. UMNO bukan dalang yang menyebarkan video lucah tersebut. Rupa-rupanya rakan sebantal yang bertanggungjawab. Barisan Nasional patut bertindak lebih agresif terhadap pertuduhan dan fitnah yang dilemparkan oleh pembangkang demi mengajar mereka bahawa bukan semudah itu mereka boleh terlepas atas segala kejahatan yang mereka lakukan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan