Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Jumaat, 29 November 2013

Rayuan Tian Chua ketepi tuduhan Memfitnah serta menghasut ditolak lagi

KUALA LUMPUR- Mahkamah Rayuan hari ini menolak permohonan Ahli Parlimen Batu, Chua Tian Chang (gambar) atau lebih dikenali sebagai Tian Chua untuk mengenepikan pertuduhan ke atas kenyataannya mengaitkan kerajaan dalam insiden pencerobohan di Lahad Datu.
Tiga panel hakim yang diketuai Tan Sri Md Raus Sharif mengenepikan permohonan tersebut tanpa memberikan sebarang alasan.
Dua panel hakim yang turut hadir semasa perbicaraan ialah Datuk Abdul Malik Ishak dan Datuk Lim Yee Lan.
Dalam perbicaraan kira-kira 45 minit itu, panel hakim memberikan peluang kepada peguambela dan pendakwa raya untuk membentangkan hujah masing-masing.
Tian Chua menerusi peguam Amer Hamzah Arshad dan Eric Paulsen berhujah, kes itu adalah pendakwaan terpilih kerana beliau seorang ahli parti pembangkang.
Pasukan pendakwa yang diketuai Yusaini Amer Abdul Karim bagaimanapun menolak dakwaan itu dan berkata Peguam Negara mempunyai budi bicara untuk mendakwa sesiapa berdasarkan keterangan yang diberikan.
Di luar mahkamah, Amer Hamzah berkata, mereka akan berbincang mengenai tindakan selanjutnya sama ada membawa perkara itu ke Mahkamah Persekutuan atau tidak.
Tian Chua, 50, membuat rayuan kali pertama di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur tetapi ditolak pada 23 September oleh Hakim Amelia Tee Hong Geok yang dalam keputusannya berkata, permohonan Tian Chua tiada merit.
Naib Presiden PKR itu pada 12 April lalu didakwa membuat kenyataan bahawa tembakan di Lahad Datu adalah konspirasi yang dirancang oleh Umno untuk mengalihkan perhatian dan menakut-nakutkan rakyat.
Laman portal berita melaporkan Tian Chua berkata ia merupakan “drama” oleh kerajaan untuk menakut-nakutkan rakyat dan mengalihkan perhatian mereka di Sabah, terutama mengalih perhatian terhadap RCI pendatang asing yang berlangsung di Sabah ketika itu.
Tian Chua didakwa melakukan kesalahan itu di Fraser Business Park pada 1 Mac, kira-kira jam 11 pagi.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 4 (1) (b) Akta Hasutan 1948 (Akta 15) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4 (1) akta yang sama, membawa hukuman denda RM5, 000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya untuk pesalah pertama dan penjara lima tahun bagi kesalahan lain

Tiada ulasan: