Sebahagian calon baharu yang bertanding pada Pemilihan UMNO 2013 menjadikan media sosial seperti Facebook dan Twitter sebagai sandaran untuk memperkenalkan diri kepada perwakilan.
Ini dilakukan selepas Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO 2013, Tan Sri Tajol Rosli Ghazali kelmarin memaklumkan calon-calon yang bertanding dalam pemilihan UMNO kali ini dibenarkan memperkenalkan diri kepada perwakilan sama ada menggunakan media konvensional atau media sosial, selagi tidak menyalahi tata etika pemilihan parti.
Penasihat Lembaga Disiplin UMNO, Datuk Mohd. Hafarizam Harun bagaimanapun sebelum ini memberi peringatan bahawa ahli UMNO yang melanggar tataetika pemilihan parti ketika menggunakan Facebook boleh dikenakan tindakan disiplin sekiranya dibuktikan bersalah.
Rata-rata calon memuat naik status mengenai maklumat diri, jawatan ditandingi, gambar dan nombor calon masing-masing bagi memudahkan perwakilan mengenal mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan