Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Isnin, 21 Oktober 2013

BENARKAH PKR SELANGOR BERJAYA JADIKAN BANDARNYA UMPAMA PATTAYA' ?

WARGA asing yang dipercayai menjadi tukang urut menunggu pelanggan di kaki lima sejak tengah hari.

Mohon pencerahan kerana kami penduduk selangor jelas tahu zaman BN tiada permis yang sebegini jijik dan jumlahnya mencecah 4000dan kemungkinan lebih banyaklagi......
nak tengok bukti2 dlm bentuk video seperti gambar dicekup dgn hanya berseluar dlm sila.. sila klick dihttp://pendekarmelayu-pejuangbangsa.blogspot.com/2013/02/videopanas-pakatan-rakyat-halalkan.html


Petaling Jaya: Kawasan komersial dan kediaman di sekitar Sunway Mentari, di sini, tidak seluas mana tetapi kini umpama ‘neraka’ dunia bagi masyarakat setempat berikutan kewujudan pelbagai premis pelacuran, hiburan dan perjudian selain kekerapan berlaku jenayah.


Lebih membimbangkan, jumlah warga asing yang bekerja dan menetap di situ dikatakan melebihi penduduk tempatan.

Jika satu ketika dulu kawasan itu dipenuhi warga Afrika, kini keadaan bertambah teruk apabila turut menjadi tumpuan pendatang dari Indonesia, Thailand, China, Vietnam dan Filipina hingga terasa seolah-olah berada di luar negara.

Lebih memburukkan keadaan, kebanyakan warga asing terbabit dalam kegiatan tidak sihat seperti menjadi pekerja seks, tukang urut batin, pelayan pelanggan di kelab malam, aktiviti perjudian dan dadah, selain bekerja tanpa permit dengan menyalahgunakan pas pelancong.

Tinjauan Metro Ahad mendapati, kawasan berkenaan sentiasa dipenuhi pendatang dengan rata-ratanya warga Afrika, China dan Indonesia yang berkeliaran di kawasan terbabit.

sumber dipetik dari:- http://www.hmetro.com.my/myMetro/

Tiada ulasan: