Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Khamis, 5 September 2013

WAJIB BACA PENGERUSI BADAN PERHUBUNGAN UMNO NEGERI SELANGOR KECEWA !!!!

KENYATAAN MEDIA DATUK SERI NOH OMAR

PENGERUSI BADAN PERHUBUNGAN UMNO NEGERI SELANGOR

Saya ingin melahirkan rasa terkilan dengan laporan tidak tepat yang disiarkan di dalam media pada 3 September yang lepas.

Kenyataan tersebut sebenarnya adalah respond kepada soalan pemberita tentang kenyataan secara umum beberapa pemimpin UMNO dan penganalisa politik mengenai laluan kepada muka-muka baru di dalam kepimpinan UMNO.

Saya sama sekali tidak berniat untuk merujuk kepada ketua-ketua bahagian di negeri Selangor.

Kenyataan saya tersebut adalah secara umum dan saya ingin menegaskan semua pemimpin di semua peringkat berhak untuk bertanding dan terserah kepada perwakilan untuk menentukannya.

Pimpinan UMNO Selangor tidak akan campur tangan dalam sebarang pertandingan di bahagian dan saya menafikan sekiranya ada individu yang mengaitkan nama saya. Segala keputusan perwakilan akan di iktiraf selaras dengan konsep demokrasi di dalam parti UMNO.

Berdasarkan kepada senario politik semasa di dalam parti UMNO saya dengan rasa rendah diri telah mengambil satu ketetapan untuk tidak mencalonkan diri dalam pemilihan ahli majlis tertinggi yang akan datang. Keputusan ini berdasarkan kepada perkara-perkara dibawah:

1- Ingin memberi tumpuan sepenuhnya kepada UMNO dan BN negeri selepas saya melihat senario politik di Selangor memerlukan saya memberi komitmen tinggi dan sepenuh tumpuan.

2- Mengambil ketetapan ini sebagai tanda terima kasih kepada YAB Presiden UMNO atas kepercayaan melantik saya sebgai Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri dan akan berusaha utk merealisasikan hasrat YAB PM supaya UMNO BN kembali berkuasa di Selangor.

3- Memberi tumpuan sebagai Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan dalam memastikan segala projek dan peruntukan kerajaan persekutuan bukan sahaja dapat dilaksanakan dengan berkesan tetapi dinikmati dan dihargai oleh rakyat Selangor.

4- Menghormati suara sayap di dalam UMNO yang mencadangkan wakil mereka bertanding di dalam Majlis Tertinggi. Secara kebetulan antara calon.-calon sayap tersebut datangnya dari Selangor iaitu Datuk Raja Ropiah Ketua Wanita, Datuk Sohaimi Shadan Exco Pemuda yang juga Ketua Pemuda Selayang disamping Datuk Satim Diman Ketua Bahagian Puchong telah menawarkan diri bertanding Ahli Majlis Tertinggi.

Saya juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih kpd rakan-rakan seperjuangan yg banyak membantu ketika saya menjadi Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO semenjak tahun 2004 dan yang telah berkempen untuk saya sehingga berada di nombor 2 pada pemilihan yang lepas.

Datuk Seri Noh Omar

Tiada ulasan: