Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Sabtu, 21 September 2013

Syria Hargai Pemimpin UMNO Usaha Kembalikan Kedaulatan Negara Islam

KUALA LUMPUR, 20 Sept. –Isu berkaitan kekejaman dan kemusnahan hingga mengakibatkan penderitaan rakyat Syiria mendapat maklumbalas rakyat Malaysia yang cintakan keamanan.
Duta Besar Syria ke Malaysia, Dr. Mohamad Khafif menghargai usaha dan sokongan Malaysia termasuklah suara terbuka pemimpin negara, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yang mahukan Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC) mengambil peranan dan mengadakan perbincangan berkaitan konflik di Syiria.
“Kami ucapkan terima kasih atas sokongan yang diberi dan kami percaya bahawa usaha Malaysia untuk mengembalikan keamanan melalui meja rundingan tanpa melibatkan korban nyawa lagi di Syria akan dapat dicapai dengan kedaulatan dan kesejahteraan rakyat terjamin,” katanya.
duta-syria-malaysia-dr-mohamad-khafif-tengku-adnan-irmohizam-umno-bn-pwtc
Beliau berkata demikian dalam kunjungan hormat kepada Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor di pejabatnya, Menara Dato Onn, hari ini.
“Kami mengharapkan agar UMNO dapat terus memainkan peranan dengan pelbagai cara agar semua pihak dapat memahami keadaan yang berlaku di Syria yang tercetus angkara konspirasi pihak luar untuk menjatuhkan kerajaan Islam di Syiria,” katanya.
Pada masa yang sama beliau turut menerangkan berkaitan konflik sebenar yang berlaku sebagaimana rakyat Syria teraniaya ekoran niat buruk pihak luar yang mahukan kerajaan Syria tumbang.
“Kami telah lakukan penyiasatan dan dakwaan kononnya terdapat senjata kimia digunakan adalah palsu sebaliknya terdapat pengganas yang diupah oleh pihak luar untuk menghuru-harakan bumi Syiria,” ujarnya.
Dalam hal ini, Tengku Adnan menyambut baik usaha Dr. Mohamad Khafif dan menyatakan komitmennya untuk sentiasa menyokong keamanan Syiria dan negara-negara Islam lain.
Tengku Adnan turut menerima kunjungan hormat dari Duta Besar Morocco ke Malaysia, Amed Faozi yang menyatakan minatnya untuk mengetahui dengan lebih mendalam berkaitan struktur organisasi UMNO dan pentadbirannya selain sepakat untuk akrabkan hubungan diplomatik dalam parti yang melibatkan kedua-dua negara.- MediaUMNO

Tiada ulasan: