Harus ditekankan di sini bahawa DAP telah menghadapi tindakan mahkamah yang difailkan sendiri oleh ahli-ahlinya dan ini tidak ada kaitan langsung dengan ROS, |
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng harus membaca dan memahami apa yang dinyatakan oleh ROS mengenai pemilihan semula jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) DAP.
Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS), Datuk Abdul Rahman Othman berkata, ROS tidak pernah menyatakan bahawa DAP tidak boleh mengadakan ‘Special Congress’, tetapi mengingatkan parti tersebut supaya mengikut peruntukan dalam Undang-undang pertubuhan sendiri semasa mengadakan pemilihan semula.
"Penghantaran Notis Panggilan kepada ahli dalam tempoh 10 minggu seperti mana yang tercatat dalam Undang-undang parti tersebut harus dipatuhi.
“Harus ditekankan di sini bahawa DAP telah menghadapi tindakan mahkamah yang difailkan sendiri oleh ahli-ahlinya dan ini tidak ada kaitan langsung dengan ROS, memandangkan ahli-ahlinya sendiri telah membawa perkara mengenai pemilihan CEC DAP yang tidak teratur ke muka pengadilan.
“Adalah tidak wajar ROS dikaitkan dalam hal ini memandangkan tindakan ini daripada akar umbinya sendiri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan