Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Jumaat, 20 September 2013

BAS TERBABAS KE GAUNG GARA GARA SEBUAH KERETA MAZDA HILANG KAWALAN

SLIM RIVER: Seramai 12 daripada 17 penumpang cedera apabila bas ekspres dari Kuala Lumpur ke Taiping melanggar kereta yang berpusing selepas terbabas di tengah Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) di kilometer 380.2 petang tadi.
Dalam kejadian 5.30 petang itu, sebuah kereta Mazda dikatakan hilang kawalan secara tiba-tiba sebelum melanggar besi pembahagi di tengah lebuh raya dan berpusing di hadapan bas. 
Pemandu cuba mengelak ke kiri lebuh raya tetapi gagal menyebabkan kenderaan itu merempuh kereta berkenaan sebelum kedua-duanya terbabas ke gaung sedalam hampir enam meter. 

Selain 12 penumpang bas yang cedera ringan, pemandu dan seorang penumpang kereta itu turut parah dan mereka dihantar ke Hospital Slim River.

Tiada ulasan: