Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Ahad, 4 Ogos 2013

KEMENTERIAN KOMUNIKASI MULTIMEDIA SARAN JAKIM MEMBIIMBING AKHLAK CHETZ YANG MENGHINA ISLAM BARU2 INI

SATU TINDAKAN YANG WAJAR DIAMBIL Jakim  agar membinbing serta membaik pulih akhlak insan yang dituduh menghina agama Islam ini,Itu yang ditegaskan KMM hari ini dan diharap dengan ssi konseling dan beberapa pendekatan lin dapat memulihkan Aklak gadis ini dari menjadi berpewatakan seakan akan lelaki,dan paling mengejutkan apabila cik Chetz ini bertindak melukakan seluruh Umat Islam dengan Video yang dia muat naik sebelum ini,

Disini Admin @PM sertakan saranan yang dibuat oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia pada hari ini agar dapat segera diambil perhatian oleh Pihak Jakim untuk diambil tindakan susulan.

  • Kementerian Komunikasi dan Multimedia mencadangkan agar Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengambil peluang membimbing dan memulihkan akhlak Maznah Mohd Yusof, 38, atau dikenali Chetz yang kini menjadi kritikan ekoran video pemaparan dirinya bersama tiga ekor anjing di YouTube baru-baru ini.
  • Timbalan Menterinya Datuk Jailani Johari berkata Jakim boleh mengambil peluang sementara proses siasatan sedang berjalan ke atas Chetz yang merupakan bekas pelajar luar negara. "Mungkin dalam masa terdekat ini, Jakim boleh mencuba satu program bagaimana hendak membimbing dan memulihkan kembali akhlak Chetz.

  • "Kita tahu antara sekarang hingga satu tempoh walaupun Chetz dilepaskan, beliau mungkin dipanggil pada bila-bila masa untuk siasatan dan sebagainya, tetapi antara proses dilepaskan itu apakah yang boleh Jakim lakukan bagi membentuk balik peribadi dan akhlaknya," katanya.

Semalam, Jakim memutuskan klip video 1 Hari Di Hari Raya' yang disebarkan di laman sosial itu adalah perbuatan menghina Islam dan akan memaklumkan kepada Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) mengenai perkara itu.
  • Menurut Jailani, Jakim perlu mengadakan program bimbingan terhadap pelajar Malaysia di luar negara agar perkara sedemikian tidak berulang.
  • Katanya, beliau percaya pihak SKMM dapat menyelesaikan siasatan mengenai perkara itu dan akan mengemukakan kertas siasatan kepada Peguam Negara.

Tiada ulasan: