Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Jumaat, 16 Ogos 2013

DS NAJIB BENARKAN MENTERI AMBIL AHLI KELUARGA BEKERJA



Perdana Menteri berkata apa yang tidak dibenarkan adalah sekiranya ia melibatkan pembayaran gaji atau elaun oleh kerajaan dan tidak ada masalah jika seseorang menteri atau anggota pentadbiran kerajaan mengambil anggota keluarganya sebagai pembantu jika ia tidak melibatkan sebarang pembayaran gaji atau elaun oleh kerajaan, kata Datuk Seri Najib Razak. 
"Kalau sukarela dan bukan anggota pejabat menteri, kita tiada halangan. (Boleh jika) dia bantu dari segi program dan tak melibatkan sebarang pembayaran kerajaan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Peneroka Kebangsaan, Pelancaran Pelan Integriti Felda dan Majlis Hari Raya di Felda Sungai Tiang di sini hari ini. 
Najib berkata dalam isu Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang didakwa mengambil anaknya sebagai pegawai khas di kementeriannya, beliau difahamkan anak menteri itu bukan pembantu rasmi yang dibayar kerajaan. 
"Saya difahamkan bukan pembantu rasmi, hanya membantu secara tak rasmi. Tak ada pun dalam senarai sebagai pembantu menteri yang dibayar gaji dan elaun oleh kerajaan," katanya.

PSSSTT...JANGAN MEMPERJUDIKAN NASIB NEGARA DENGAN MENYOKONG PARTI  YANG MENIPU RAKYAT !!

Admin rasa teruja dan sangat terpanggil untuk berpesan pada orang Melayu bahawasanya kita wajib berwaspada dan tidak terlalu mudah di perbodoh oleh golongan D.A.P ini dan janganlah terlalu mudah sangat DITIPU DAP LAHNATULLAH INI kerana sila klick disini

Tiada ulasan: