Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Isnin, 1 Julai 2013

TERBARU !!! DAP DIKATAKAN SEMAKIN TERUK AKIBAT NYA MEREKA SALING CANTAS MENCANTAS!!

UM DAKWA WUJUD ISU CANTAS MENCANTAS DALAM DAP !!!

Kenyataan itu dikeluarkan oleh Naib Pengerusi DAP Cawangan Ladang Paroi, David Dass berhubung wujudnya isu mencantas cawangan yang bertindak lantang menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap cara pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) pada Disember lalu.

Malah, katanya, isu mencantas ahli DAP sememangnya berlaku apabila ada dalam kalangan mereka tidak diberi notis untuk hadir dan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM).

''Saya sendiri menjadi mangsa apabila tidak menerima jemputan menghadiri AGM cawangan sendiri baru-baru ini. Selain saya, beberapa pemimpin DAP cawangan Ladang Regent dan Taman Tuanku Jaafar turut menerima nasib sama," katanya dalam satu sidang akhbar di sini hari ini.


Dalam pada itu, itu, Pengerusi DAP Cawangan Desa Dahlia, Richard Francis pula mendakwa, dia kecewa kerana tidak menerima sebarang notis daripada ibu pejabat sehingga tarikh akhir mengadakan AGM sehingga hari ini.

Hal ini kerana, katanya, berdasarkan kepada perlembagaan parti, setiap cawangan perlu diberi notis tujuh hari bagi mengadakan AGM, namun mereka langsung tidak dihubungi atau dimaklumkan mengenai perkara itu.

"Kami yakin ini adalah taktik DAP untuk mengetepikan atau 'mencantas' cawangan yang lantang bersuara," katanya.


Perkara berkenaan turut dipersetujui oleh Timbalan Pengerusi DAP Cawangan Nilai Perdana, S. Rajashegar yang melihat tindakan berkenaan, sekali gus menafikan hak ahli serta pemimpin cawangan itu dalam parti.

"Tiada alasan kami tidak diberikan sebarang notis kerana kami adalah ahli serta cawangan yang sah dan mempunyai Sijil A iaitu cawangan membayar yuran tahunan dan layak mengadakan AGM.

"Malah, jika kami dipecat daripada parti sekali pun, kami perlu diberi notis pemecatan dan diberi ruang selama 14 hari untuk memberi penjelasan kepada jawatankuasa tatatertib parti," dakwanya - UM

Tiada ulasan: