Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Ahad, 14 Julai 2013

KEMPEN PRK KUALA BESOT:PAS MULAKAN KEMPEN DENGAN MENYERANG DATUK SERI AHMAD SAI DENGAN FITNAH LAPOK !!!

KEAKRAPAN DUA PEMIMPIN TERENGGANU INI JELAS MENAFIKAN FITNAH PAS
Kehangatan kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Kuala Besut sudah bermula apabila Pas membuat ceramahnya di Kampung Pusu Tinggi di sini, malam tadi dengn cerita lapoknya dan nampaknya isu yang mula digunakan Pas adalah ‘menyerang’ kepimpinan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said.

Parti berkenaan juga dilihat memancing pengundi di Kuala Besut menggunakan ‘krisis’ antara bekas Menteri Besar, Idris Jusoh dan Ahmad sebelum ini berhubung kepimpinan negeri yang kononya mereka berdua bersikap dingin.

Namun itu semua cerita lama dan itu sudah lumrah kehidupan Biasalah manusia memang kadang-kadang ada perselisihan pendapat. Tapi itu dulu, tapi sekarang saya bekerja baik dengan Menteri Besar. Saya boleh minum teh tarik bersama dan berkempen bersama. Malah saya berazam untuk meningkatkan jumlah undi majoriti sehingga 4000.”
Gambar di atas yang dirakam malam tadi membuktikan kebenaran kata-kata Idris Jusoh bahawa khabar permusuhan beliau dengan Ahmad Said adalah cerita lama.

Justeru kempen Pas bahawa menyokong kemenangan calon BN akan memenangkan Idris Jusoh dan memberi tekanan kepada Ahmad Said dalam percaturan politik Terengganu tidak timbul langsung. Ahmad Said dan Idris Jusoh sama-sama memerlukan kemenangan ini.

Ahmad Said akan berhadapan krisis pentadbiran jika BN kalah. Idris Jusoh akan turut menerima tempias gagal memastikan kemenangan BN di kawasan Parlimennya biar pun beliau merupakan Menteri di peringkat pusat.
Kemenangan BN akan menguntungkan kedua-dua mereka.
Ahmad Said akan kekal Menteri Besar, Idris Jusoh akan terus memastikan Besut kian “membiru” mengukuhkan kedudukannya sebagai tokoh pemimpin BN Terengganu.

Husam mereka cerita mengenai kepentingan kemenangan Pas untuk kerajaan perpaduan dan juga mengukuhkan kedudukan Ahmad said sebagai Menteri Besar.

Tiada ulasan: