Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Jumaat, 26 Julai 2013

BERKUATKUASA HARI INI SENARAI BARANG KAWALAN INI AKAN DIPANTAU LEBIH 150,000 LEBIH ANGGOTA SKUAD PEMANTAU

Antara barangan harga terkawal itu ialah :
1-Ayam hidup, 
2-Ayam standard, 
3-Ayam super, 
4-Daging lembu tempatan, 
5-Daging kerbau import 
6-Telur ayam gred A, B dan C.
7-Kubis bulat import, 
8-Cili merah,
9-Tomato, 
10-Kelapa biji,  
11-Bawang merah kecil, 
12-Ubi kentang import
13-ikan kembung
Senarai Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Hari Raya Puasa 2013 bagi 20 jenis barangan harga terkawal mula dikuatkuasakan selama 17 hari bermula hari ini hingga 11 Ogos ini bagi menyekat kenaikan harga semasa musim perayaan dan mengurangkan bebanan kos sara hidup rakyat.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek berkata, penguatkuasaan skim tersebut mengikut Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.
Menurutnya, peniaga perlu memastikan barangan harga terkawal dijual tidak melebihi harga maksimum yang ditetapkan dan meletakkan tanda harga khas berwarna merah jambu bagi membezakan barangan harga terkawal.
"Pemeriksaan dan pemantauan akan dilakukan pegawai dan anggota penguat kuasa di semua lokasi tumpuan seperti pasar awam, pasar raya dan pasar pagi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Hari Raya Puasa 2013 di Pasar Besar Jalan Meru di sini pagi tadi.

Sementara itu rakan rakan PM semua malam tadi dikhabarkan Lebih 150,000 anggota Skuad Pengguna di seluruh negara akan digerakkan bagi memantau aktiviti perniagaan tidak beretika semasa penguatkuasaan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan (SKHMP), tahun ini.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Hassan Malik berkata, skuad berkenaan akan membantu memantau harga barangan dan perkhidmatan, mulai hari ini sehingga 11 Ogos.
"Selain melapor trend harga, bekalan barangan dan perkhidmatan, skuad ini juga bertindak menyebarkan maklumat dan mendidik pengguna mengenai isu kepenggunaan," katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa bersama Dewan Undangan Negeri (DUN) Juasseh di Masjid Kariah Taman Desa Anggerik, Juasseh dekat sini, malam tadi.

Tiada ulasan: