Tapi Admin sedih kenapa ada segelintir Melayu buat2 tak faham semua masaalah ini?ada dikalangan mereka ini bergelar penceramah bebas ustaz ustazah,Imam bermegah2 pangkah DAP pilihan raya lepas...bangga sangat konon walhal mereka ini tidak sedar dan sengaja tak mahu menyelidik siapa sebenarnya DAP ini bila ditanya mereka akan pusing 360 darjah hingga ada yang sanggup mengangkat DAP ni sebagai Pembela Islam akan tetapi hujah yang mereka berikan sekadar melepas batuk ditangga,sudah terang lagi bersuluh siapa DAP femi Putrajaya takpalah yang penting Putra Jaya dulu....
Akan tetapi kita masih bersyukur ramai lagi golongan Ustaz ustazah Penceramah bebas Ulama2 pondok masih memilih Pimpinan BN yang rata2 mejoriti orang melayu Islam memimpin buktinya BN masih mendapat kepercayaan meneraju Negara lagi dan hanya sebilangan kecil Melayu sahaja mengundi Pas sebab itu keputusan PRU13 jelas menunjukkan tahap Pimpinan Pas yg tak mendapat sokongan dengan pas mendapat kemenangan yang paling kecil berbanding kuasa DAP dan PKR.
SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa bahawa parti DAP bukan hanya mahu menguasai ekonomi negara semata-mata tetapi juga politik Malaysia.Pssstt..Jangan sampai nasi menjadi bubur sudahlah dan Tiada sesuatu yang lebih baik daripada akal yang diindahkan dengan ilmu, ilmu diindahkan dengan kebenaran, kebenaran diindahkan dengan kebaikan, dan kebaikan diindahkan dengan taqwa..Akhir sekali Admin @PM nak ajak saudara-saudari sekalian mari selidik apa Agenda DAP sebenarnya sila [KLICK]disini Wallahuaklam...
Dipetik daripada blog CheDet, Dr Mahathir berkata, ia dapat dilihat berdasarkan kepada kebangkitan kaum itu menerusi siri himpunan anjuran pembangkang selepas PRU13 lalu.
Menurut Dr Mahathir lagi, PR yang terdiri daripada gabungan Pas, PKR dan DAP menyaksikan Pas antara parti yang paling banyak tewas, manakala DAP merupakan pemenang paling besar dengan kejayaan memusnahkan kerjasama di antara pelbagai kaum seperti ditunjukkan dalam gabungan BN.
“Pakatan ini jelas memberi keuntungan paling besar kepada cauvinis Cina dalam DAP, manakala Pas, Melayu paling ramai dalam parti Pakatan mendapat keuntungan paling sedikit, dengan memenangi hanya 21 kerusi berbanding 38 kerusi DAP dan 30 dari PKR.
“Sedangkan, jumlah kerusi yang ditandingi Pas paling banyak, ini menunjukkan bahawa DAP berusaha untuk membolehkan golongan Cina yang “sudah pun menguasai ekonomi” untuk turut menguasai politik Malaysia," katanya.
Pada masa sama, Dr Mahathir juga meramalkan bahawa perkembangan itu akan menyebabkan polarisasi kaum yang lebih serius manakala orang Melayu akan terus disisih daripada segi ekonomi dan politik.
“Di dalam dan di luar negara, pemuda Cina memakai baju hitam dan bertopeng membentuk sebahagian besar daripada peserta demonstrasi.
“Walaupun ia dianjurkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dan parti PKR, sebahagian besarnya dihadiri kaum Cina terutama golongan muda. Biasanya, orang Melayu yang menjadi majoriti peserta demonstrasi. Protes itu seolah-olah dilakukan oleh kaum Cina,” ujarnya.
Menurutnya, jumlah orang Melayu yang sedikit di perhimpunan ini juga boleh dikaitkan dengan “keterasingan” pemimpin Pas dengan demonstrasi tersebut, yang didakwanya sebagai usaha menumbangkan kerajaan dengan cara “Arab Spring”.SH..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan