DS NOH OMAR |
Admin memang sangat bersetuju dengan cadangan Penganalisis Politik dibawah ini supaya BN Selangor perlu dinaungi oleh seorang nakhoda sahaja bagi memastikan rakyat tidak terkeliru dengan agenda yang dibawa dan Admin juga sependapat dengan Penganalisis politik, Prof Madya Datuk Dr Samsul Adabi Mamat bahawa Ahli Parlimen Tanjong Karang, Datuk Seri Noh Omar dilihat sesuai mengisi jawatan berkenaan kerana beliaulah yang selama ini satu-satunya pemimpin paling menonjol membongkar salah laku PKR di Selangor selama ini.
Penganalisis politik, Prof Madya Datuk Dr Samsul Adabi Mamat berkata, Najib mempunyai tugas berat di peringkat Pusat tetapi boleh bertindak dalam dua keadaan yang lebih memberi kesan dengan memberikan peluang kepada pemimpin tempatan mengetuai BN Selangor dari peringkat awal lagi.Apa-apapun Admin berharap perkara ini dapat perhatian DS Najib semoga perancangan yang kita atur dapat membela nasib Agama bangsa dan Negara Wallahuaklam..
Manakala dari segi pemantauan katanya, Najib sendiri boleh memberikan keutamaan khusus kepada Selangor kerana secara tidak langsung beliau memberikan kepercayaan dan menunjukkan keprihatinan kepada ahli dan parti di negeri ini.
“Kalau perdana menteri sendiri, sokongan dan kekuatan nampak seperti bertambah tetapi kalau diberikan kepada kepimpinan tempatan ia mungkin akan memberi kesan positif yang berbeza dari segi kepercayaan rakyat terhadap kepimpinan beliau.
“Ini akan memberikan kefahaman kepada negeri bahawa perdana menteri tetap memberikan keutamaan kepada Selangor kerana negeri ini negeri maju dan amat penting untuk dikuasai oleh BN. Jadi, tiba masanya anak Selangor menjadi Pengerusi BN Selangor,” katanya.
Samsul Adabi berkata BN Selangor perlu dinaungi oleh seorang nakhoda sahaja bagi memastikan rakyat tidak terkeliru dengan agenda yang dibawa dan berpendapat Ahli Parlimen Tanjong Karang, Datuk Seri Noh Omar dilihat sesuai mengisi jawatan berkenaan.
“Kalau boleh, biarkan Noh mengetuai BN Selangor dengan diberi kuasa eksekutif agar beliau boleh mewujudkan organisasi beliau sendiri bagi membentuk strategi untuk Selangor.
Tanpa gerak kerja, ia tidak akan memberikan kesan positif tetapi kalau usaha awal dijalankan dengan mengambil kira semua aspek, sudah tentu akan memberikan saingan kepada PR,” katanya.
Bagaimanapun, beliau tidak menafikan agak sukar untuk mencari pemimpin terbaik dalam kalangan pemimpin BN Selangor sekarang, justeru parti itu perlu menggarap beberapa nama baru untuk diangkat sebagai pemimpin untuk tempoh lima tahun akan datang.
“Walaupun ini masih peringkat awal, tetapi dalam tempoh empat tahun akan datang pemimpin ini termasuk yang telah bertanding dalam PRU13 bukan sahaja yang menang tetapi kalah juga harus diberi perhatian, manakala yang baru dicari di peringkat bahagian atau cawangan,” katanya.
Beliau berkata, mana-mana pemimpin di pelbagai peringkat yang berwibawa perlu dikenal pasti lebih awal walaupun di peringkat Dun yang menang akan mewakili BN sebagai pembangkang tetapi yang tidak menang perlu bergerak dari luar dengan menjadi penasihat untuk isu-isu diperdebatkan kelak.
“Ini akan menguatkan lagi BN, maksudnya yang berada di sidang Dun yang menang tetapi untuk dibawa ke dalam itu, mereka memerlukan perbincangan di mana perkara ini perlu dijelaskan dengan lebih awal.
“BN memerlukan strategi dan perancangan yang bukan sahaja untuk kerangka dalaman parti tetapi perlu melihat strategi dari luar seperti di kalangan ahli akademik, NGO (pertubuhan bukan kerajaan) yang boleh membantu,” katanya di sinar
Tiada ulasan:
Catat Ulasan