Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Khamis, 27 Jun 2013

TERKINI BERIBU RIBU KENDERAAN TERKANDAS DI JAMBATAN PULAU PINANG

TERKINI baru sebentar tadi iaitu pada jam 9:42pm Beribu-ribu pengguna jalan raya yang melalui Jambatan Pulau Pinang dari kedua-dua arah masuk dan keluar dari bahagian pulau terperangkap dalam kezesakan jalanraya selepas berlaku kemalangan dan kerosakan kenderaan kedua-dua laluan berkenaan.

Kemalangan pertama dipercayai berlaku kira-kira pukul 5 petang di Kilometer 1 arah pulau ke Perai apabila sebuah lori terbalik selepas melanggar pembahagi jalan.
Kemalangan itu menyebabkan hanya satu lorong boleh dilalui kenderaan lain dan seterusnya menyebabkan berlaku kesesakan jalanraya sejauh lebih 10 kilometer (km) sehingga ke Kawasan Perindustrian Bebas Bayan Lepas di Batu Maung dan sepanjang Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu hingga ke Pengkalan Weld di George Town.
Manakala kemalangan kedua pula dipercayai berlaku selang beberapa minit selepas itu di KM 1.6 arah pulau apabila sebuah lori lain mengalami kerosakan enjin.
Kejadian itu juga menyebabkab berlaku kesesakan melebihi 10km sehingga ke Plaza Tol Sungai Dua di Butterworth dan hingga ke Plaza Tol Juru di Bukit Mertajam dan Jurucakap Penang Bridge Sdn. Bhd. ketika dihubungi memberitahu sehingga pukul 8.45 malam tadi kedua-dua kenderaan tersebut masih belum dialihkan.
Namun katanya usaha sedang giat ilakukan  untuk mengalihkan kenderaan terbabit sedang giat dijalankan bagi membolehkan lalulintas kembali bergerak seperti biasa.

Tiada ulasan: