23/06/2013 7:07pm KUALA LUMPUR - Semua sekolah di Kuala Lumpur dan Selangor diarah tutup esok seperti yang dinasihatkan oleh Perdana Menteri, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri G. Palanivel.
Katanya, beliau akan meminta Menteri Pendidikan Kedua, Datuk Seri Idris Jusoh untuk mengambil langkah sepatutnya.
“Keadaan jerebu semakin buruk sehingga pukul 5 petang tadi dan semua sekolah diarah tutup sebagai langkah berjaga-jaga kerana dikhuatiri memberi kesan buruk kepada kesihatan pelajar,” katanya dalam satu kenyataan. - Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan