Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa. |
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa.
Pssstt..Jalankanlah tanggung jawab anda sebagai penjawat Awam dengan penuh beritika jangan asik nak berpolitik sahaja kerana andalah pemacu dan tulang belakang bagi memastikan perjalanan ekonomi dan kelancaran perjalanan Negara berjalan dengan baik dan kalau nak berpolitik sangat berhenti sahaja kerja dan ceburilah bidang Politik senang kan dan kalau masih berdegil terima sahaja akibatnya jika tertangkap oleh majikanmu dan jangan salah kan orang pulak jika berlaku apa-apa selepas itu
- Semua ketua jabatan diminta memantau dan mengambil tindakan atau melaporkan kepada JPA sekiranya masih terdapat penjawat awam yang masih berpolitik terutamanya di media sosial.
- Tempoh berpolitik sudah tamat sebaik sahaja keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) diketahui dan kini tibalah masa untuk penjawat awam menjadi tonggak pentadbiran negara ke arah menjayakan agenda transformasi negara.
- Beliau menegaskan ''Sekarang, masa kakitangan awam untuk bergerak ke hadapan dan meneruskan usaha-usaha agenda transformasi nasional dengan kadar segera," katanya kepada pemberita selepas menutup Persidangan Tahunan Persatuan Suri dan Anggota Perkhidmatan Awam Malaysia (Puspanita) 2013 di sini semalam.
Bagi mereka yang mengepalai sesebuah organisasi, anda haruslah sentiasa sedar bahawa tanggungjawab yang diamanahkan berkisar kepada soal membuat keputusan yang adil dan tepat, yang boleh mendatangkan hasil yang sempurna. Pepatah ada menyebut, “Awal dibuat, akhir diingat,” yang bermaksud, kerja yang hendak dibuat perlulah difikirkan masak-masak supaya pelaksanaan sesuatu tugas berjalan sempurna. Dalam hubungan ini, saya percaya bahawa pendekatan ‘Turun Padang’ merupakan satu kaedah terbaik dalam usaha merapatkan jurang antara kerajaan dan rakyat dan juga antara ketua dan anak-anak buah yang menjadi tulang belakang dalam melaksanakan dasar-dasar yang telah digubal.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan