Konsep Wasatiyyah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai salah satu cara bagi membina keamanan sejagat. mampu satukan pelbagai bangsa menurut Timbalan Mufti Oman, Dr. Kehlan Nubhan Al-Khurusy menegaskan Peranan Wasatiyyah dalam Menyatupadukan Ummah’:
- Konsep Wasatiyyah atau kesederhanaan jika difahami dengan jelas mampu menyatupadukan umat Islam dan masyarakat pelbagai bangsa di seluruh dunia
- konsep ini yang meliputi semua aspek kehidupan mampu menghindari fahaman yang melampau.
- Konsep Wasatiyyah di Malaysia diperkenalkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai salah satu cara bagi membina keamanan sejagat.
- umat Islam dapat menyampaikan konsep dan prinsip Wasatiyyah kepada masyarakat di seluruh dunia jika ia difahami dengan baik dan dilahirkan dalam bentuk tindakan Sudah tentu prinsip kesederhanaan yang diamalkan dapat membawa kemajuan dalam kehidupan, sama ada dalam aspek ekonomi, sosial dan politik.
Dialog bukanlah satu medan untuk saling bertelagah dan berselisih faham, tetapi untuk menyelesaikan masalah dan isu, mendengar, menerima dan menghormati pendapat orang lain, meneliti bukti-bukti dan tidak bertelagah pada pendapat yang berbeza”, tegas Kehlan.
Turut serta dalam sesi interaktif itu ialah Duta Oman ke Malaysia Aflah Sulaiman Mohammed Al-Taei, Atase Kebudayaan di kedutaan Oman di Malaysia, ahli akademik, petugas dan pelajar Oman Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan