Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Sabtu, 18 Mei 2013

PANAS !!!! SAYA TERPAKSA BERHENTI BERCERAMAH: USTAZ KAZIM DAN KELUARGA DIUGUT BUNUH !!!!!



Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh dengan penipuan. Pada waktu itu orang yang berdusta dikatakan benar, dan orang yang benar dikatakan berdusta. Orang khianat akan disuruh memegang amanah, dan orang yang amanah dikatakan pengkhianat, dan yang berpeluang bercakap hanyalah golongan ‘Ruwaibidhah’. Sahabat bertanya, apakah Ruwaibidhah wahai Rasulullah? Nabi menjawab, orang bodoh yang bercakap mengenai urusan orang ramai.

[HR Ahmad]


Kerana ketaksuban Politik Manusia sanggup mengherdik golongan Ulamak yang tidak mempunyai kepentingan dalam Politik dan yang Admin paling suka tentang Ustaz ini beliau akan menasihati mana mana golongan yang dilihat melebihkan dunia dari Islam itulah kelebihan yang ada pada Ustaz Kazim.
Admin merasa amat sedih apabila menerima berita ini kerana PM sebenarnya amat tertarik dengan kebijaksanaannya menarik golongan muda mendengar Dakwah yang disampaikan Beliau ternyata keputusan untuk tidak membuat ceramah lagi amat memilukan golongan orang-orang yang mengenali keperibadian mulia Beliau.
Menurut Penceramah bebas yang tidak asing lagi iaitu Ustaz Kazim “Saya terpaksa berhenti berceramah kerana bimbang sesuatu buruk menimpa keluarga. Selain dimaki hamun dalam blog dan Facebook, ada yang datang ke rumah dan pusat pengajian memberi ugutan (mahu) memukul dan membunuh saya.
“Ya, saya akan berhenti berceramah 28 November depan kerana saya kecewa difitnah dan dicerca bukan-bukan oleh pihak tidak bertanggungjawab,” kata penceramah bebas, Mohd Kazim Elias Al-Hafiz , 41, atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim.
Beliau yang juga pengasas Pusat Pendidikan Al-Barakah bertekad tidak mahu lagi menerima undangan ceramah kerana kecewa dituduh ‘Ustaz Politik’.
Katanya, kesal dengan tuduhan yang dilemparkan beberapa pihak tertentu, beliau yang hampir 23 tahun berceramah di seluruh Malaysia memberi tumpuan terhadap pusat pengajiannya di Kampung Manjoi, Perak.
Selain itu, menurutnya, keputusan berhenti berceramah dibuat kerana ketika ini beliau tidak berapa sihat, selain baru-baru ini berlaku satu insiden rumahnya di Ipoh, Perak apabila ada pihak cuba menyimbah cuka.

Rasulullah (saw) bersabda : Kebaikan yang paling cepat memperoleh ganjaran pahala ialah kebajikan dan silaturahim. Dan kejahatan yang paling cepat mendapat hukuman ialah kezaliman dan memutuskan hubungan kekeluargaan.

(Hadith Riyawat Ibnu Majah)

Tiada ulasan: