Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Ahad, 12 Mei 2013

PANAS !!! 21 RAKYAT MALAYSIA DI TANGKAP AKIBAT ANJUR PERHIMPUNAN HARAM !!!!


Individu terbabit menyertai perhimpunan Haram perlu menanggung  sendiri akibat dari perbuatan mereka  dan inilah akibat yang terpaksa tidur dalam bilik free tak payah bayo.. kikikikiki inilah akibat yang perlu  ditanggung mereka akibat kebodohan sendiri kerana tidak menggunakan akal yang diberi hingga tertipu dengan Politik kotor Pakatan Pembangkang Walhal bukti menunjukkan fitnah itu jelas tak masuk di akal...



SINGAPURA: Protes di Singapura diadakan tanpa permit dan mereka yang secara sedar menganjurkan dan menyertai aktiviti haram itu perlu menanggung akibatnya, kata Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura, Datuk Md Hussin Nayan. 


"Saya berharap rakyat Malaysia yang bekerja dan belajar di Singapura patut melihat kepada akibat bakal ditanggung mereka sebelum menyertai aktiviti haram," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini. 



Md Hussin mengulas laporan penahanan 21 rakyat Malaysia di republik ini pada Sabtu. 


Menurut laporan media, polis Singapura menahan 21 rakyat Malaysia selepas mereka didapati mengadakan protes di Merlion Park, di sini. 

Penahanan itu dibuat selepas amaran dikeluarkan terhadap sembilan rakyat Malaysia kerana "terbabit secara aktif dalam perhimpunan haram" di Merlion Park pada Rabu, apabila sekumpulan kira-kira 100 orang berhimpun untuk memprotes keputusan pilihan raya umum baru-baru ini di Malaysia. 

Md Hussin berkata, rakyat Malaysia perlu belajar untuk menghargai aspek positif kehidupan di negara tuan rumah dan kembali untuk menyumbang kepada proses penyatuan nasional di Malaysia selepas Pilihan Raya Umum ke-13. 

"Reaksi ekstremis dan emosional tidak ada tempat dalam usaha pembinaan negara Malaysia yang stabil, makmur dan aman," katanya. 
Polis Singapura sebelum ini menegaskan perhimpunan seumpama itu adalah melanggar undang-undang Singapura, dan rakyat asing yang dibenarkan bekerja atau tingga di negara ini, perlu mematuhi undang-undang republik itu. 

"Mereka tidak patut membawa isu-isu dalam negara mereka ke Singapura dan mengadakan aktiviti yang boleh mengganggu ketenteraman awam, kerana akan terdapat kumpulan yang berbeza pandangan. 

"Mereka yang didapati melanggar undang-undang akan dikenakan tindakan tegas," katanya. 

- BERNAMA

Tiada ulasan: