Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Sabtu, 18 Mei 2013

MCA BACUL TUNDUK KEPADA SULTAN JOHOR !!! ?


Hanya Sultan memiliki kuasa dalam melantik ahli Exco kerajaan negeri Johor kerana keunikan Perlembagaan negeri tersebut,Persoalanya, mengapakah Koo Ham cuba mempertikaikan keputusan tersebut?
Pencapaian cemerlang parti ‘ultra kiasu’ DAP pada pilihanraya umum yang lalu telah menyebabkan pimpinan mereka semakin biadap dan kurang ajar. Mereka bukan sahaja sering mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman, malah ada ketikanya dilihat cuba bertindak melampaui batas dengan kenyataan hasutan, provokasi dan menghina.
Terbaru Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koo Ham dilihat sekali lagi cuba bermain dengan api, apabila mengeluarkan kenyataan biadap yang menghina institusi Diraja Johor apabila menyifatkan MCA sebagai tunduk kepada Sultan. Kenyataan yang dikeluarkan melalui twitternya pada 15 Mei yang lalu secara jelas cuba menyerang institusi Diraja itu.

Sedangkan Sultan Johor secara jelas bertitah ia bertujuan untuk mengukuhkan perpaduan kaum di negeri itu. Malah MCA sendiri telah menjelaskan penerimaan jawatan tersebut dibuat kerana akur dengan titah Sultan.
Kesimpulannya, DAP selaku parti ‘ultra kiasu’ memang sengaja membangkitkan isu-isu yang sensitif dan berbaur perkauman bagi menarik kebencian rakyat. Dan menurut rekod, perbuatan sumpama ini bukan kali pertama dilakukan.
baca cerita selanjutnya sila [KLICK] di MYKMU.NET

Ngeh KMU

Tiada ulasan: