Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Ahad, 5 Mei 2013

KUALA LUMPUR - Sebanyak 80 peratus daripada 12,992,661


pengundi berdaftar keluar mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) hari ini, peratusan tertinggi pernah dicatatkan dalam PRU di negara ini.
Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, kesemua pusat pengundian ditutup pada pukul 5 petang ini.
Sejumlah 8,245 pusat pengundian dibuka pada pukul 8 pagi di seluruh negara melibatkan 25,337 saluran tempat mengundi, dengan 80 peratus daripadanya membabitkan bangunan sekolah, dewan serba guna dan balai raya.
Dua pusat mengundi bagi dewan undangan negeri (DUN) Tungku, di daerah Tanjung Labian dan Tambisan, dan satu lagi di kawasan DUN Lahad Datu, di daerah Sakar, Sabah, ditutup pada pukul 3 petang.
Pengiraan undi dijangka bermula pada pukul 5.30 petang diikuti dengan proses penjumlahan undi selepas itu.
Keputusan pertama dijangka diketahui pada kira-kira pukul 7.30 malam

Tiada ulasan: