Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Selasa, 14 Mei 2013

Kisah asal usul air zam zam

Setelah sekian lama Nabi Ibrahim dan isterinya berkahwin mereka tidak dikurniakan anak olehAllahs.w.t.maka satu hari isteri Nabi Ibrahim (Sarah) telah mencadangkan agar Nabi Ibrahim berkahwin lagi.

Memandangkan usianya yang semakin tua akhirnya Nabi Ibrahim bersetuju berkahwin dengan khadamnya yang bernama Hajar, dengan perkahwinan ini akhirnya Hajar hamil dan melahirkan seorang anak lelaki yang bersih lagi suci dan beri nama Ismail (Nabi Ismail).


Dengaan lahirnya Nabi Ismail maka suasana rumahtangga Nabi Ibrahim mengalami suatu perubahan, yang mana selamaa ini Nabi Ibrahim mengharapkan agar cita-citanya untuk memperolihi anak telah dikabulkan oleh Allah s.w.t.

Sarah juga adalah antara orang yang paling gembira dengan lahirnya Nabi Ismail.Setelah sekian lama berlalu timbullah rasa kurang senang dihati Sarah yang mana akhirnya ia terpaksa meluahkan isi hatinya kepadaa Nabi Ibrahim, Sarah juga meminta supaya Hajar dan (Nabi) Ismail dibawa jauh dari pandangan matanya dan dengan wahyu Ilahi Nabi Ibrahim setuju dengan cadangan Sarah.


Kemudian bermulalah perjalanan yang jauh di antara Nabi Ibrahim dengan Hajar berserta dengan anaknya Nabi Ismail.Perjalanan mereka tiada tujuan, lama mereka berjalan akhirnya mereka berhenti disuatu tempat.Dan di tempat itulah Nabi Ibrahim meninggalkan Hajar bersama anaknya Nabi Ismail, disertakan dengan makanan yang banyak untuk mereka berdua.Nabi Ibrahim yang hendak berangkat ke Palestin berdoa kepada Allah s.w.t. mudah-mudahan Allah s.w.t. menjaga anak dan isterinya dari segala bahaya dan malapetaka.


Belum sempat Nabi Ibrahim hendak meninggalkan isteri dan anaknya, hajar dengan segera mengikuti dari belakang sambil memegang tali unta yang dikenderai oleh Nabi Ibrahim seraya berkata:"Ya Ibrahim! kemanakah engkau hendak pergi dan kenapa kamu meninggalkan kami disini, dan ditempat yang menakutkan?".


Hajar berharap Nabi Ibrahim akan menaruh kasihan terhadap dirinya dan diri anaknya, minta pertanggungjawab kepada Nabi Ibrahim.Siapakah yang akan menjaga kehidupannya dari bahaya kelaparan dan dahaga.


Siapakah yang akan menjaga nya dari serangan binatang-binatang buas,dan keterikan panas cahaya matahari dan kesejukan pada malam hari.Semua ini dikemukakannya kepada Nabi Ibrahim dengan kata-kata yang manis dan lemah lembut dan disertai pula dengan cucuran air mata.


Akhirnya Nabi Ibrahim pun memberitahu Hajar bahawa semua ini adalah atas kehendak Allah s.w.t. Nabi Ibrahim pun menasihatkan kepada Hajar agar sabar menerima takdir diatas setiap perintah Allah s.w.t. dan supaya dia tunduk dan patuh menurutkan semua perintah dan anjuran itu.


Setelah Hajar mendengar jawapan dari Nabi Ibrahim maka ia pu berkata:"Sekarang aku mengerti dan Allah s.w.t. sama sekali tidak akan mensia-siakan kami."Apabila Nabi Ibrahim mendengar keputusan isterinya maka ia pun meninggalkan anak dan isterinya menuju ke destinasinya mengharungi padang pasir yang sangat merbahaya, mendaki bukit menuruni bukit, melintasi beribu macam kesukaran dengan meninggalkan anak dan isterinya yang menjadi rangkaian hati dan jantungnya sendiri, semata-mata perintah Allah s.w.t. 


Tambahan pula Nabi Ibrahim tidak membawa apa-apa bekalan pun selain kepercayaan dan ketaatan kepada Allah s.w.t. semata-mata.


Dikisahkan dalam satu riwayat bahawa tempat Nabi Ibrahim meninggalkan Hajar dan anaknya Nabi Ismail ialah di padang pasir yang tandus, tidak ada manusia yang menghuni disitu.Hajar menyerahkan segala-galanya kepada Allah s.w.t. semata-mata.


Duduklah Hajar bersama anaknya dengan memakan makanan yang ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim.Setelah sekian lama maka habislah semua bekalan makanan, Hajar dan anaknya mulai merasai lapar, kelaparan yang amat sangat dan satu penderitaan yang tidak pernah dirasai oleh mana-mana manusia. hajar sangat risau memikirkan anaknya yang memerlukan susu, keadaan padang pasir dengan terikan matahari yang sangat panas mengeringkan lagi kerongkong hajar dan anaknya.Kerana lapar yang sangat anaknya mulai menangis dengan kuat dan kekuatan tangisannya berkurangan disebabkan tidak berdaya, letih lesu.


Melihat akan keadaan anaknya yang semakin tenat, maka Hajar pun meninggalkan anaknya dan keluar mencari air sekejap Hajar pergi mencari air ia kembali melihat anaknya, kemudian pergi lagi untuk mencari air dan kembali lagi melihat anaknya, demikianlah hal hajar.Tempat yang diulang alik oleh Hajar itulah sekarang disebut Shafa dan Marwa, setiap kali Hajar kembali melihat anaknya, ia akan melihat seolah-olah ada tanda-tanda air di Shafa dan ia berkejar ke Shafa tapi tidak ada air disitu dan akan kembali melihat anaknya, dari tempat anaknya Hajar melihat seolah-olah ada tanda-tanda air di Marwa, ia berkejar ke sana tapi tidak juga ada air.Demikianlah Hajar berulang-alik diantara Shafa dan Marwa sebanyak 7 kali.Dan hal inilah adanya ibadat haji disyariatkan yakni ibadat Sa i.


Diriwayatkan bahawaa selagi Hajar berada dalam keadaan tidak berdaya dan hampir putus asa, kecuali dari rahmat Allah s.w.t. dan pertolongannya, maka datanglah malaikat Jibrail bertanya:"Siapakah sebenarnya kamu ini?""Aku adalah hamba sahaya Nabi Ibrahim".Ujar Hajar.Malaikat Jibrail bertanya lagi:"Kepada siapakah engkau harapkan disini?".Hanya kepada Allah s.w.t." Jawab Hajar.Berkatalah malaikat jibrail:"Kalau begitu, engkau telah mengharapkan kepada Zat yang maha pemurah lagi maha pengasih, yang akan melindungimu". 


Kemudian malaikat Jibrail mengajak Hajar mengikutnya pergi ke satu tempat, dimana malaikat Jibrail menginjakkan telapak kakinya keras-keras di atas tanah dan dengan segera keluarlah air tanpa berhenti-henti dari bekas tapak kaki itu dan airnya pula sangat jernih dengan kuasa Allah s.w.t. Itulah air yang disebut AIR ZAM-ZAM.


Hajar sangat gembira melihat air itu, dengan segera ia membasahkan bibir Nabi Ismail dan dengan segera Nabi Ismail kembali segar.


Keajaiban Air Zam-Zam Yang Perlu Diketahui
Rasulullah (saw) pernah mengambil air zam-zam dalam sebuah kendi dan bekas dari kulit, kemudian membawanya kembali ke Madinah dan Air zam-zam itu digunakan Rasulullah (saw) untuk memercikkan kepada orang sakit dan kemudian disuruh meminumnya.


Dalam penyelidikan ilmiah yang dilakukan di laboratorium Eropah, terbukti bahawa air zamzam memang lain dari yang lain. Kandungan airnya berbeza dengan telaga-telaga yang ada di sekitar Makah.

1. Kadar Kalsium dan garam Magnesiumnya lebih tinggi dibanding telaga lain, berkhasiat untuk menghilangkan rasa haus dan kesan penyembuhan.

2. Air Zam-zam juga mengandungi zat fluorida yang berkhasiat memusnahkan kuman-kuman yang terdapat dalam kandungan airnya.

3. Yang juga menakjubkan adalah tidak ada sedikit pun lumut di telaga ini. Air Zam-zam sentiasa bebas dari pencemaran kuman.

4. Ajaibnya lagi, pada masa semua telaga air di sekitar Mekah dalam keadaan kering, telaga air zam-zam tetap berair. Dan air zam-zam memang tidak pernah kering sepanjang zaman.

Beberapa ulama fiqah mencadangkan agar jemaah haji membawa air zam-zam ketika pulang ke negaranya kerana air zam-zam boleh jadi sebagai ubat untuk penyembuhan.

Ini terbukti ramai jemaah dari negara umat Islam mahupun negara lain
yang pernah merasakan keajaiban air zam-zam.

Tiada ulasan: