Pada istiadat itu, Abdul Khalid sambil memegang sebatang tombak yang matanya berbalut kain kuning, turut melafazkan 10 Aku janji Jawatan Menteri Besar untuk dilaksanakan sepanjang tempoh perkhidmatannya
  
Diantara janji-janji yang dilafaz Beliau ialah:
  1. akan menjunjung tinggi prinsip Rukun Negara, 
  2. memelihara dan melindungi kesucian serta keagungan agama Islam sebagai agama negeri
  3. mematuhi kedaulatan institusi Raja dan mempertahankannya daripada digugat oleh mana-mana pihak
  4.  serta melaksanakan tugas beliau dengan integriti yang tinggi, penuh rasa tanggungjawab, amanah, jujur dan ikhlas.
  5. memelihara keistimewaan orang Melayu dan kepentingan sah kaum lain seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959, 
  6. mendahulukan rakyat selagi ia tidak menjejaskan kepentingan kestabilan, kemakmuran dan keselamatan negeri; 
  7. memelihara hubungan baik kerajaan persekutuan dan negeri-negeri lain dalam Persekutuan
  8. memastikan perpaduan antara kaum dengan menitikberatkan semangat muhibah dan kerjasama antara kaum.
Rakyat Selangor akan menuntut segala janji-janji ini dan trajedi lama diharap tidak berulang ''menefestor bukan janji'' dan kami sentiasa memantau janji ini terutama sekali Rakyat berharap benar beliau menutup sebilangan besar kalau boleh semua rumah-rumah urut di selangor yang jelas sangat kebanjirannya banyak memberi impak nagetif pada rakyat khususnya org Melayu 

Semenjak PR memerintah Selangor masaalah ini nampaknya sudah tidak dapat dibendung termasuklah pusat judi yg berleluasa di kawasan orang-orang melayu

Psssttt:kenapa khaled ibrahim terpaksa membuat aku janji erk..sedangkan MB yang lain tidak heeehee !!!! ingat jalankan apa yang dijanjikan..