Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Isnin, 6 Mei 2013

BN kekal di Terengganu


Barisan Nasional (BN) berjaya mengekal kemenangan majoriti mudah di Terengganu.
BN memenangi 17 kerusi daripada 32 Dewan Undangan Negeri (DUN) mengalahkan pakatan pembangkang yang mendapat 15 kerusi DUN.
BN menang di kerusi DUN Kuala Besut, Hulu Besut, Langkap, Bukit Besi, Kota Putera, Jabi, Batu Rakit, Seberang Takir, Pengkalan Berangan, Kuala Berang, Kemasik, Air Putih, Jertih, Permaisuri, Telemung, Ajil dan Kijal.
Pakatan pembangkang pula memenangi di DUN Teluk Pasu, Wakaf Mempelam, Batu Buruk, Ru Rendang, Manir, Paka, Cukai, Bandar, Alur Limbat, Rantau Abang, Tepuh, Bukit Tunggal, Ladang, Bukit Payung dan Sura.
Dalam pada itu, BN hanya memenangi empat daripada lapan kerusi Parlimen iaitu Besut, Kemaman, Setiu dan Hulu Terengganu.
Pakatan pembangkang pula menang di Marang, Kuala Terengganu, Dungun dan Kuala Nerus.

Tiada ulasan: