KANGAR - Tokoh Ulama Muda, Dr. Fathul Bari Mat Jahaya diumumkan antara calon termuda bersama lapan muka baharu termasuk dua wanita sebagai calon Barisan Nasional (BN) Perlis pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) kali ini.
Fathul Bari, 33, merupakan anak kepada bekas Mufti Perlis, Datuk Mat Jahaya Hussin diletakkan bertanding bagi merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sanglang dengan calon Pas, Mohd. Sukri Ramli, 52.
Calon baharu BN Perlis iaitu Ketua Bahagian UMNO Padang Besar, Datuk Zahidi Zainal Abidin, 52, yang bertanding di Parlimen Padang Besar dan Timbalan Ketua Pemuda MCA Perlis, Khor Hock Kong, 49, di Dewan Undangan Negeri (DUN) Titi Tinggi.
Selian itu, Perunding Kejuruteraan, Saharuddin Ismail, 46, diletakkan di Parlimen Kangar, Ketua Puteri UMNO Perlis, Asmaiza Ahmad, 39, di DUN Chuping, Ketua Wanita UMNO negeri, Rela Ahmad, 63, bertanding di DUN Bintong.
Bagi DUN Pauh diisi oleh Pegawai di Jabatan Perdana Menteri, Azlan Mat, 55, dan DUN Simpang Empat pula Timbalan Ketua Zon Bernas Perlis, Nurulhisham Yaakob, 54.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan