Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Khamis, 4 April 2013

ANGGOTA PKR BUAT LAPORAN SPRM TERHADAP MB SELANGOR, DAKWA SALAH GUNA KUASA



PUTRAJAYA, 4 April (Bernama)-- Sekumpulan 15 anggota Parti Keadilan Rakyat
(PKR) Cabang Kuala Selangor hari ini membuat laporan terhadap Menteri Besar
Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berhubung kekeliruan penyata kewangan
mesyuarat agung tahunan (2010) PKR cawangan itu, di Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia (SPRM) di sini.
Seorang daripada mereka, Airos Shahidin Manap, 45, berkata mereka mengesyaki
berlaku penyalahgunaan kuasa dan penipuan dalam penyata kewangan itu sehingga
Abdul Khalid gagal menjelaskan isu itu sehingga hari ini.
"Kami telah memberi masa selama enam bulan kepada beliau untuk menjelaskan
isu tersebut tetapi sehingga hari ini kami tidak menerima sebarang penjelasan
atau jawapan.
"Kami syaki berlaku penipuan dan penyalahgunaan kuasa dalam penyediaan
penyata kewangan itu. Sebagai ahli kami rasa ada hak dan kuasa untuk menegur
kelemahan beliau dan memperbetulkan suasana yang tak betul," katanya kepada
Bernama selepas membuat laporan itu.
Airos mendakwa penyata kewangan itu mengelirukan kerana banyak yang tidak
disokong dengan resit, selain perbelanjaan tahun 2009 turut dimasukkan dalam
kira-kira tahun 2010 yang semuanya tercatat dalam buku mesyuarat agung tahunan
yang diedarkan kepada 243 ahli yang hadir.
"Malah penyata kewangan itu tidak ditandatangani oleh juruaudit, sebaliknya
dua ahli jawatankuasa didapati bertindak sebagai pemeriksa kira-kira yang tidak
sah yang dilihat sebagai satu percubaan penyalahgunaan kuasa," katanya.
BERNAMA

Tiada ulasan: